Monday, November 14, 2011
Tips Kejayaan
Rasanya sudah lama tak menjenguk ke Blog sendiri ini. Mungkin sibuk dengan medium lain dan pembelajaran seharian..
baru-baru ini terbaca satu keratan berkenaan kejayaan dalam hidup...
Cara kebanyakkan orang cina untuk berjaya..
1) Kerja makan gaji itu hanyalah sementara, Hanya untuk pengalaman berniaga dan bekerja
2) Pelanggan lebih penting dari keuntungan;
Untung jangan letak terlalu maksima, biarlah sedikit tetapi berterusan, pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah satu musibah. Keuntungan boleh dicari, pelanggan setia sukar ditemui.
3) Orang cina jarang bankrup, kecuali 2 perkara; BERJUDI dan kaki perempuan/ada perempuan simpanan
4) Modal Orang Cina; satu mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk; Satu mangkuk untuk keluarga, Satu Mangkuk untuk simpanan dan baki TIGA mangkuk untuk modal balik
5) Kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal;
Mereka akan tanya. berapa bunganya? dan Bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan.
Kalau difikirkan secara positif, banyak benda yang boleh kita pelajari.. Semoga mendapat ilham dan cetusan untuk berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat..
Monday, July 4, 2011
Miliki rumah terlebih dahulu-Kosmo 4 julai 2011
Miliki rumah terlebih dahulu
KUALA LUMPUR - Golongan muda yang baru bekerja lebih berminat untuk memiliki kereta, telefon pintar dan gajet terkini termasuk kamera digital yang menelan harga ribuan ringgit berbanding membuat pelaburan berupa rumah kediaman untuk pelaburan masa hadapan.
Jurulatih hartanah, Dr. Shah Razali berkata, nilai pembelian untuk produk-produk berkenaan dijangka susut dalam tempoh yang cepat ekoran peredaran masa dan keperluan pengguna serta pengenalan pelbagai produk terbaharu di pasaran.
Sebaliknya, golongan berkenaan beranggapan bahawa usaha untuk membeli rumah akan dilakukan sekiranya mereka memasuki fasa seterusnya dalam kehidupan mereka iaitu ketika sudah berkeluarga dan mempunyai anak.
"Pada awal bekerja, mereka mempunyai status kewangan yang sihat dan sepatutnya mereka perlu fokus kepada perkara yang boleh membantu meningkatkan pengembangan modal seperti membuat pelaburan hartanah dengan cara membeli rumah untuk disewakan.
"Ketika itu, mereka tidak perlukan modal yang besar dan membeli hartanah di lokasi yang menarik, tetapi cukup dengan sebuah rumah pangsapuri di lokasi strategik untuk disewakan.
"Sekiranya ia merupakan pelaburan yang tepat, maka ia akan mendatangkan aliran tunai yang positif," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku terbaharunya, Jejak Pelabur Hartanah yang diadakan di sini baru-baru ini.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Pagi tadi tertarik dengan satu perbualan di radio Hot FM yang mengatakan tentang artikel di Kosmo berkenaan dengan Pemilikan rumah bagi generasi muda. Penulisan ini amatlah bagus supaya dapat membuka minda para remaja yang baru menempuh alam pekerjaan. Rasanya ramai yang berminat, cuma kurang info tentang perkara ini. Masa aku dulu tidak ada pun info sedemikian. Pada remaja sekarang, tips ini amatlah bagus untuk diikuti.
Rata-rata invester muda berupaya memiliki kereta, gadget dll dengan mengaplikasikan banyak teknik yang nyata berkesan. Ada yang menggunakan rumah-rumah lelong/ 2nd untuk dijadikan modal membeli kereta yang di idamkan tanpa perlu membayar ansuran bulanan dengan wang poket sendiri. So.. dengan salah satu teknik ini membantu para remaja untuk memiliki barangan yang diidamkan dengan menggunakan teknik OPM.
Walaupun kini, banyak dasar dan tindakan kerajaan yang membantutkan sedikit perjalanan invester muda (cth : OD-ASB, rumah ke3..loan70% dll), aku percaya banyak lagi teknik-teknik lain yang boleh di keluarkan untuk tujuan pelaburan. Banyak tips dan cara untuk berjaya terutama di dalam pelaburan hartanah dan emas. Hafizal, Pokli, Pie, Tuah, Faridz, Tuan Bri, Uncle Dodi adalah rakan-rakan pemikir untuk mencari jalan berjaya di dalam kehidupan.
Thursday, June 23, 2011
Status Islamic Financing
1) Akaun Rumah
a) Rumah sendiri - sudah selesai 100% ke Bank Islam
b) Rumah Invest1 - 99% proses jual
c) Rumah Invest2 - CIMB Konvensional
d) rumah invest3 - CIMB Islamic
e) Rumah Invest4 - Dalam Proses Jual
2) Gaji dan Simpanan - Telah bertukar ke CIMB islamic dan Bank Islam
3) Overdraft - DONE
4) Part Time - akaun Maybank Islamic
5) Credit Card - dalam Proses
Semoga Allah memberikan kekuatan untuk terukan hidup dengan islamic financial. Memang banyak dugaan tetapi aku cuba untuk mengatasinya
Sunday, February 13, 2011
Pembangunan VS Nilai Hartanah

Friday, January 21, 2011
Re-alignment Financing 2011
Dah lama benor tak update blog. bukan apa.... cuma banyak keje dan aktif di lain tenpat plak.
Tahun ini aku dah berazam untuk mengubah segala financing aku ke islamic financing. Bagi aku sekarang ini, Islamic banking dan financing dah setara dengan konvensional banking. So adalah perlu bagi aku untuk alignment semula akaun aku supaya lebih tenang dan aman.
Banyak benda yang nak kena settle. Harapanku 90% dapat diselesaikan pada tahun ini. antara yang perlu diselaraskan adalah;
1) akaun rumah2
2) akaun gaji dan simpanan
3) akaun overdraft-
4) akaun part time
5) akaun CC
Semoga dapat kekuatan untuk mengubah segalanya. Pakdi dan ustaz zaharuddin banyak mengajar aku tentang kepentingan akaun islamic ini. Semoga aku dapat hidayah dari NYA.
cabaran dan ujian pertama adalah apabila aku nak refinancing rumah.... dari CIMB ke BIMB. Oleh kerana akaun pinjaman rumah dah lebih dari 2.. maka financing rumah just boleh buat 70%... adehhh.. ini adalah penangan polisi kerajaan yang baru....
tapi takpa... pasti ada penyelesaiannya sekiranya niat kita betul....
penat juga tulis kat blog nie.... hehhehe
selamat petang jumaat
Also known as participiant banking Islamic banking refers to a system of banking or banking activity that is consistent with the principles of Islamic law (Sharia) and its practical application through the development of Islamic economics. Sharia prohibits the payment or acceptance of interest fees for loans of money (Riba, usury), for specific terms, as well as investing in businesses that provide goods or services considered contrary to its principles (Haraam, forbidden). While these principles were used as the basis for a flourishing economy in earlier times, it is only in the late 20th century that a number of Islamic banks were formed to apply these principles to private or semi-private commercial institutions within the Muslim community
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Wednesday, June 2, 2010
PETIKAN KEGANASAN ISRAEL DARI EMAIL
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza .
Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!) Gaza ( Palestine ) Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan.. Hamas Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn... Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel . So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.. Wasalam. The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect! ( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )












