Tuesday, June 23, 2009

Kehidupan di Malaysia yang mencabar pada masa kini..


Saya bangga menjadi anak Malaysia. Saya dilahirkan di dalam keluarga yang aman damai dan bahagia. Tetapi ada insan yang tidak menerima nasib yang sama dengan saya. Dengan bimbingan yang kurang, ada insan yang menjadi kurang di ajar...

Bertapa susahnya hidup di Dunia, tetapi di Malaysia kita masih boleh mencari rezeki. Walaupun kekadang kita terpaksa menyiapkan diri untuk ke tempat kerja dari rumah, menaiki motor mencari nafkah seharian.......


Keselamatan diri ke tempat kerja bukanlah keutamaan, yang penting dapat sampai ke destinasi yang dituju. Demi mencari bekalan hari depan..

Ada kalanya manusia lupa akan pemberian Allah. Mencari kemewahan dunia sehingga lupa akan tanggungjawap terhadap keluarga. Terpaksa meminjam daripada “Along” walaupun terpaksa mencari menggadaikan harta benda..


Menggadai nyawa mencari rezeki. Bahaya dan malapetaka dilupakan seketika demi.. sesuap nasi untuk keluarga.


adakah kita lupa.. lupa mana asal usul kita.. mana harta benda kita.. mana kah anak-anak kita?


Tetapi kekadang kita lupa dimanakah kita berada. Di kota atau di desa.



Kehidupan di kota yang serba mencabar... rumah yang kecil dan ruang yang sempit. Menjemur kain dima boleh.. Kekadang kita lupa dimanakah kita berada.

Teknologi terkini semakin berkembang, ASTRO menjadi keperluan kehidupan.. untuk mencari hiburan dan ketenangan hidup.



Kehidupan... oh kehidupan.... dimanakah kau berada.. di desa atau di kota.... mencari keberkatan hidup. Tapi kekadang kita lupa untuk melihat keselamatan kita... oleh sebab kebiasaan seharian.

Adakah kita keliru dengan kehidupan... yang dicipta oleh manusia sendiri.. adakah kita terpaksa mengikuti arah atau kita memikirkan hala tuju kita...




Kita diajar pelbagai bahasa.. bahasa Melayu bahasa ibunda.. bahasa inggeris.. bahasa kedua... tetapi kita masih keliru.. yang manakah hendak dipakai...



Kerana ikutkan hati... merempitlah kita.. tidak kira siang dan malam. Tidak kira bahaya atau tidak.. demi mencari kepuasan hidup.

Kesesakan jalanraya tidak boleh di elakkan... Kuala Lumpur ohh Kuala Lumpur.... ego dan tidak bertimbang rasa penyebab utama. Aku adalah aku.. engkau adalah engkau... menjadi pedoman insan di Kuala Lumpur...


Nukilan
Keown yang sedang kepenatan......

Friday, June 19, 2009

International Surveyors Congress

Aku sehari dua nie sibuk sikit sebab menghadiri International Surveyors Congress. Perhimpunan antara surveyor yanga da kat Malaysia, Brunei dll. Antara speaker yang berucap adalah Tun Dr. Mahathir dan Billi Lim. Aku ada tertarik dengan beberapa fakta dan point yang mereka terangkan.





Antara ucapan Tun M yang aku ambil perhatian di antaranya adalah;

a) Tun M minta kita semua beli properties/share dalam Malaysia supaya boleh membantu ekonomi Malaysia. Sebab katanya kalau org asing beli properties/share, dan bila ada masalah ekonomi, diorang akan jual dan ekonomi Malaysia akan collapse.
b) Sekarang adalah waktu yang sesuai untuk beli properties/saham dll
c) Tidak setuju dengan kewujudan banyak hypermarket spt GIANT kerana akan mematikan usahawan runcit kecil
d) Tun M tak nak komen tentang One Malaysia dan Iskandar Malaysia
e) Kurang setuju dengan jambatan ketiga JB-Singapura kerana second Link belum guna sepenuhnya.. ye la.. dah lah mahal tol.. jauh plak tue...






Manakala antara kata-kata Billi Lim adalah
a) Don’t Give up
b) Failure is part of successful
c) Lelaki yang berjaya adalah lelaki yang mampu untuk mencari pendapatan yang lebih dari perbelanjaan Isterinya.. hahahhahha
d) Satu lagie katanya Bill Gates mencari pekerja yang pernah gagal sebelumnya.. kerana mereka ini akan lebih berhati-hati dan motivative.
e) Kajian mengatakan bahawa purata usahawan gagal 3.8 kali sebelum berjaya
f) Anda boleh menjadi Jutawan tapi anda tidak boleh menjamin akan menjadi jutawan 10 tahun seterusnya.
g) Dare to fail is dare to learn
h) Di dalam kejayaan mesti ada – Dare to dream--->Dare to Try---> Dare toFail--->Dare to Archieve
i) Kita kena ubah sikap dari tidak hendak gagal ke bagaimana untuk gagal
j) Kita kena ubah sikap dari menerima kepada bagaimana untuk menolak
k) Kita kena ubah sikap dari jangan ambil risiko kepada bagaimana mencari risiko

Kalau dah rasa motivasi kita kurang eloklah jugak hadiri program billi lim ini.. banyak benda yang kita boleh belajar utnuk menaikkan semangat kita..

Rata-rata mereka ini dah banyak pengalaman... tapi mengikut kepada pola pusingan dunia.. waktu sekarang lah waktu yang sesuai untuk berniaga... melabur... membeli properties.. membeli saham dan sebagainya.. mula-mula aku pening jugak tapi setelah dia menjelaskan ... barulah aku faham kenapa..

Salah satu motto yang aku suka adalah lowrisk-->low gain...... high risk-->high gain.. very high risk-->collapse...

Monday, June 15, 2009

TV MALAYSIA

NAK TONTON TV?, GUNALAH SOPCAST. CARANYA?

1) Sila guna Internet Explorer
2) Then, download Sopcast Player di sini
3) Refresh page. Insyallah Boleh tengok.....

TV1

TV2

TV3

NTV7

TV8

TV9




NEW MINI MPV IN MALAYSIA

Rata-rata kini kita lihat banyak sekali model MPV compact berada di pasaran. Dengan adanya Toyota Avanza, Naza Rondo, Nissan Livina dan juga boleh dimasukkan sekali Proton Exora. Kita sudah lihat MPVyang harganya di bawah 100k dengan syarikat-syarikat besar mengeluarkan produk mereka. Tapi kita belum dapat lihat Honda mengeluarkan MPV compact dengan harga di bawah 100k. Perodua akan mengeluarkan MPV baru dengan mengambil kira model Toyota Passo Sette dan Daihatsu Boom Luminas. Maklumat terbaru, Honda akan mengeluarkan model terbaru MPV mereka dengan diberi nama Honda Freed. Dengan jangkaan harga bawah 100k, penduduk di Malaysia akan menikmati kereta MPV honda dengan teknologi Vtec 1.5. Persoalannya bila???

Di Jepun, Honda Freed pertama kali diperkenalkan pada bulan Mei 2008. Sejak dilancarkan varian terbaru itu, Honda Freed berjaya meraih gelaran best value di Japan Car of The Year 2008-2009.
Honda Freed di Jepun juga mencatat angka penjualan tertingi MPV. Untuk tahun 2008 pada 6 bulan pertama sejak dilancarkan iaitu pada bulan Mei 2008 sampai Februari 2009, Honda Freed sudah terjual sebanyak 60,035 unit.

Spec Honda Freed,


Honda Freed 1.5 G 7-Seater (A) Specifications


Engine
Engine capacity 1,496 cc
Engine type 1.5 i-VTEC, water cool serial 4 cylinder horizontal ranging
Compression ratio 10.4
Bore x Stroke (73.0 x 89.4) mm
Power 118 bhp
Torque 144 Nm

Performance
Acceleration unknown
Top Speed unknown
Fuel consumption 16.4 km\L

Misc technical data
Transmission Automatic non-stage transmission CVT
Drive type FWD

Measurements
Dimensions (L x W x H) (4215 x 1695 x 1715)mm
Wheelbase 2,740mm
Min turning radius 5,200mm
Kerb weight 1,280kg
Fuel tank capacity 42L

Brakes
Brakes (Front) Disc
Brakes (Rear) Drum

Suspension
Suspension (Front) MacPherson strut
Suspension (Rear) H-shaped torsion beam





Tetapi, Nissan tidak duduk diam, dalam diam mereka telah merancang untuk mengeluarkan model terbaru yang seangkatan dengan honda freed, iaitu model NV200 yang mana mirip kepada model Honda Freed. Nissan NV200 juga mempunyai CC 1.5 dan juga 1.6.



Persoalannya ... Bilakah model kedua-dua ini akan masuk ke Malaysia. Adakah ia akan menggugat pasaran kereta Perodua MPV dan Exora????? Tungguuuuuuuuuu

Thursday, June 11, 2009

LELONGAN RUMAH YANG MURAH

Rata-rata kita lihat.. lelongan rumah terendah ada yang sampai 5 atau 6 ribu.. lebih murah dari rege motor.. Ini banyak faktor antaranya adalah kerana lokasi dan juga kesempurnaan rumah tersebut. Apakah formula yang boleh kita buat untuk melakukan investment ke atas rumah2 ini?

lihatlah rumah-rumah yang dilelong pada harga yang rendah...


Property Type Flat
Address No. A3-16 Apartment Seri Lili, Lingkaran Seri Kembangan, Section BB7, Bandar Bukit Beruntung, 48300

Property Area 650.00 sf
Reserve Price RM5,800.00
Auction Date 21/07/2009
Assignee Bank Hong Leong Bank Berhad
Auctioneer Property Auction House Sdn Bhd
Auctioneer Contact 03-20702226

Property Type Flat
Address No. B5-2 Seri Lili Apartment, Lingkaran Seri Kembangan, Section BB7, Bandar Bukit Beruntung, 48300
Property Area 650.00 sf
Reserve Price RM6,000.00
Auction Date 21/07/2009
Assignee Bank Hong Leong Bank Berhad
Auctioneer Property Auction House Sdn Bhd
Auctioneer Contact 03-20702226

Property Type 3 bedroom Flat
Address Unit No. F5 16 Apartment Anggerik 1, Jalan Anggerik 1, Prima Beruntung, 48300
Property Area 650.00 sf
Reserve Price RM9,000.00
Auction Date 25/06/2009
Assignee Bank Public Bank Berhad
Auctioneer Property Auction House Sdn Bhd
Auctioneer Contact 03-20702226

Property Type 2 bedroom apartment
Address No. 500 Tingkat 4, Blok A, Taman Cheras Permai, Batu 9, Cheras ,Wilayah Persekutuan
Property Area 530.00 sf
Reserve Price RM17,400.00
Auction Date 20/06/2009
Assignee Bank RHB Bank Berhad
Auctioneer Tancorp (M) Sdn Bhd
Auctioneer Contact 03-21616105

Wednesday, June 10, 2009

SEJARAH

Hari nie mood utk urusan tanah dan rumah malas plak nak di pikirkan... tetiba teringat tentang Sejarah.

Kalau diulaskan tentang Sejarah, rata-rata kita tidak berminat dengannya. Aku dulu masa belajar matapelajaran Sejarahlah yang paling tak diminati... sampaikan cikgu sejarah dah anti dengan aku. Dan aku tak belajar pun dan Cikgu sejarah aku dah memang meramalkan aku mendapat E dalam SPM.

Tapi bila keluar keputusan SPM Sejarah aku lulus, bila masuk form 6, jumpa cikgu sejarah aku semula dan dia terkejut aku lulus. maybe walaupun aku tak suka.. tapi aku ada gak baca2 dan dengar dari perbincangan kawan2 lain aku semasa group discussion. Maybe dari situ aku dapat beberapa point penting.

Tapi lately ini, Sejarah sentiasa diungkit, sama ada didalam perbincangan politik mahupun ilmiah... Tapui bagi aku, sejarah juga penting untuk anak-anak muda mengenali asal usul dan pengorbanan org lama. Kalau kita pergi kursus BTN, Sure bila balik akan tinggi semangat kenegaraan dan mengenang sejarah kita.

Perkara yang aku suka tentang sejarah adalah berkenaan pengorbanan ketika kita hendak merdeka. Semangat datuk moyang kita dengan kekurangan senjata dan peralatan.. masih mampu untuk mendapatkan kemerdekaan. Dengan masalah komunis, jajahan British sehinggalah kepada masalah jajahan jepun. Dulu Melayu bersatu padu untuk mendapatkan kemerdekaan, tapi kini sedih melihat melayu bergaduh sesama melayu. Bagi aku motto One Malaysia masih belum boleh di laksanakan. Kita kena mulakan dengan one melayu dulu.. then baru boleh one malaysia.

Dibawah nie ada beberapa artikel tentang Chinpeng, Pengganasan Komunis dan Darurat Tanah Melayu.

Chin Peng

Pengganasan komunis

Darurat Tanah Melayu

Tragedi Bukit Kepong

Monday, June 8, 2009

Lelongan Tanah di Pekan







10 Jun ini satu tanah pertanian akan dilelong dengan harga 36k. Tanah tersebut berkeluasan 18560 m2 atau 4.6ekar. Lokasi tepi sungai Pahang.. Potensi buyer nak buat ternakan kolam air tawar dan sedikit pertanian. Tanah nie lebih kurang 400meter dari jalan besar. potensi besar....untuk tanaman dan ternakan air tawar. Bayangkan lah.. rege RP hanya rm8000 se ekar... dan mv 20k se ekar...




Kita saksikanlah ulat2 yang akan berkeliaran.. tapi usaha nekad akan menggagalkan ulat2 tersebut.