Monday, November 2, 2009

Pelaburan - Kampung Vs Bandar

Mgg baru nie... dapat call dari pakcik sedara yang akan pergi haji... katanya dia akan pergi haji tahun nie..... alhamdulillah setelah bersusah payah menanggung anak-anak akhirnya dapat pergi haji... apa yang nak dikongsikan adalah cara pelaburan yang dia buat...

Pakcik L adalah penduduk kampung yang mana mempunyai beberapa ekar tanah yang dijadikan kebun getah, buahan dan kediaman.. kehidupan adalah seperti org kampung yang lain... bezanya Pakcik L ada memelihara kambing dan lembu. Pakcik L kata cara org kampung buat pelaburan adalah dengan menternak lembu dan kambing......

Gunanya... apa bila anak nak ke U atau ada nak buat kenduri, lembu dan kambing nie lah yang menjadi modal...... setelah beberapa lama... makin banyak dan semakin untung apabila dah dijual untuk majlis akikah dan korban... dalam 3 tahun.. Pakcik L boleh gunakan keuntungan tersebut untuk menunaikan ibadah haji.....

kesimpulannya....

Orang kg - pelaburan dengan binatang (lembu, kambing etc) dan tanaman (durian, langsat, rambutan etc)

Orang bandar - pelaburan dengan rumah, Amanah saham, Emas, etc

yang paling penting ada objek yang menjadi medium pelaburan. bukan skim cepat kaya....

Friday, October 30, 2009

2nd Phase - Lampu - petua abiskan duit

Senang aje nak abiskan duit....
Apa yang aku telah buat adalah dengan melakukan 2nd phase renovation utk masuk rumah baru.. Kali ini... Lampu dan wiring...

Semalam adik telah datang untuk pasang lampu, kipas dan juga tambah soket utk dapur, luar rumah dan bilik2 ... Semua bilik padang kipas dan dapur telah di ubahsuai wiring supaya tak kekok sangat kerana tak perlu tekan suis diluar utk masuk dapur...

Soket pun dah ditukar ke warna hitam/silver..... nasib baik dapat murah sikit apabila pegie beli kat kilangnya sendiri... ada warna kayu, putih dan silver..




Bilik anak lelaki Ruang tamu




Bilik bawah/tetamu Bilik air



Bilik anak perempuan


Master Bedroom



Ruang Tamu




lampu dapur kering




Lampu warna-warni... 3 colour... berubah


Persoalannya... bilalah nak siap KC aku nie..... kontraktor lembab sangat... Orang nak pasang kabinet dah tak sabar nak pasang

Thursday, October 15, 2009

1st phase - renovation


mm hari ini barulah mula renovation setelah dapat permit daripada MPKJ... mulakan denga table top dan maybe esok akan dibuat cornice.. hopefully oklah hasilnya..


barang-barang dan mamat indon tengah ikat besi table top




kuat keje mamat indon nie


corner PS dan cornice utk ruang tamu sahaja


deretan cornice utk satu rumah


tile utk belakang rumah dan table top



high gloss tile untuk table top RM29.90 sahaja

Sunday, October 4, 2009

Improve handling dan keselesaan pemanduan

Hari ni pagi-pagi lagie aku dah ke kedai pokok ceri... untuk sarapan.. dah lama tak pergi.. sejak puasa tempoh hari.. sarapan di de' muar Kajang... lepas sarapan.. terus ke kedai peralatan dapur dan bilik mandi... nak ambik singki yang telah di book.. sambil2 nak ambik singki tue.. termbik barangan lain.. kopak gak rm900... budget nak ambik sinki yang berharga rm480.. tapi lain plak jadiknya... apa yang tel;ah terborong adalah, pengangkut pakaian, tempat letak shampu dan cermin bagi kedua2 bilik air, cermin besar di dalam master toilet, dan beberapa barangan aluminium kecil...




balik rumah jam 12 tgh hari... layan plak kereta.... nak comfortkan pemanduan.. kenalah tukar spring kereta... kopak rm580. tue pun dapat dari kengkawan.. kat kedai ada yang jual sampai rm990. banyak tul untung diorang nie.. beli spring improve... seperti mana sebelum ini.. sebelum aku pasang sure aku akan tambahkan getah untuk disalutkan kedalam spring tue.. bagi lebih comfort bila bawak nanti... 2 jam lebih jugak masa yang diambik.. tangan abis melecet... tapi hasilnya.. pasti memuaskan kelak... dah buat pada Kkar dan kereta sedan sebelum nie.. memang kawan2 kata lebih comfort.. dari yang asal....







SEBELUM






SELEPAS



Saturday, October 3, 2009

1st renovation on my permanent house

Semalam aku berpeluang ke VE.. Setelah 2 mgg beraya dan outstation di Terengganu.. Balik awal sebab SIM kata dia dah nak pasang grill.. aku cakap jangan dulu.. tapi dia pasang jugak... 1st renovation adalah pada.. pemasangan grill.. sampai2... aku ntengok dah ada longgokan batu, simen 15 beg, besi dll... grill bahagian depan dah pasang... belakang belum lagie sebab katanya akan buat setelah aku buat permit... ok.. isnin atau selasa aku akan siapkan permit..

Aku tanya bini aku ok ke.. dia kata ok.. kalau boss cakap ok.. oklah... aku ikut sahaja.. tak banyak songeh.. buatannya kemas. dan nampak kemas.. rumah nie kenalah buat betul2.. kalau boleh 100% kepuasannya.. berbanding rumah-rumah sewa hanya.. sekadar di pinggiran...

bahagian sliding door

Main entrance

Depan rumah simple aje...

Tuesday, September 29, 2009

Tip menabung/berjimat tapi bukan kedekut


Selama ini ramai orang kata kalau orang itu berjimat... orang itu akan dicop sebagai kedekut. Tapi kita semua kena kedekut tapi kena pada tempatnya.. bukan kedekut hj bakhil.. kedekut si invester... kita kena ubah konsep berjimat dan menyimpan.


Pagie tadi aku berpeluang tengok TV3 MHI, Irfan Khairi dan abangabu bagi talk pasal Simpan Challenge 2009. Aku tertarik dengan talknya dan salah satu tips yang dibagi adalah... dengan menabung segala duit syiling yang ada setelah balik kerja...


Amalan ini adalah mudah tapi jarang dibuat/diamalkan oleh kita semua. Aku memang setuju dengan amalan ini kerana aku dah buat. tapi aku hanya buat pada duit syiling 50sen. Selama 6 bulan aku simpan duit 50sen.. aku dah berjaya kumpul rm200++... mudah kan...

Kalau aku menabung segala duit syiling sure leboih dari rm400 dapat dikumpul. Lepas ini aku akan cuba dengan amalan menggunakan duit kertas sahaja dan duit syling akan dimasukkan di dalam tabung. aku nak test selama sebulan (bulan 10) berapa banyak yang aku boleh simpan...

Nak info lanjut tentang Simpan Challenge 2009 bolehlah lawati http://www.irfankhairi.com/blog/ atau http://abangabu.com/

Sunday, September 27, 2009

Bercuti + Kerja + Research di Awana Kijal 27-30 September 09

Selepas raya aku kena pergi ke kerteh/kemaman kerana ada beberapa kerja yang perlu dilakukan. Za ada kerja Audit di KSB Kemaman.. aku ada site visit dan juga tengok perkembangan site penyelidikan aku di Kerteh/kemaman dan pelabuhan Kuantan.... so

Kami check in di awana Kijal.... bertolak dari kuantan jam 11.30... singgah kat umah abang ngah di Balok makmur.. lepas makan tengah hari... terus ke Awana...

Sampai jam 4 petang.... lepas check in... fakhira nak main pool plak... Pool sini kira best jugak.. luas jugak..... Lepas mandi air.. kami keluar nak carik makan... ke Mesra Mall tapi Giant masih belum bukak walaupun dan penuh dengan barang.. tak tahu kenapa.... lepas keluar mesra mall... kami makan malam dan kembali ke hotel..... esok za dan aku akan ke destinasi masing2 .. buat kerja... carik rezeki..

Isnin petang.... aku pergi makan di pangkalan jeti kerteh... ok gak suasana situ... ala-ala nelayan. sampai2.. terus tengok ikan dll.. tapi disebabkan kerteh hujan.. so ikan tak banyak... rege kat sini memang murah.. murah sikit dari umbai Melaka.. yela.. semua ikan paling tinggi hanya rm2.50 bagi 100gram.. siap masak.. udang pun sama... kalau kat kuantan.. dah rm4.-rm6... Za order Ketam 2 ekor masak pedas, udang masak masam manis, sotong masak tepung, kailan ikan masin, telur dadar.. makan meamng tak ingat banyak.. makan untuk 3 dewasa dan 2 kanak2.... total bill..... rm43 sahaja.. kira puas melantak hanta rm43.. oklah murah dan rasanya memang puas hati.


pandangan awana kijal dari pantai

si sara setelah penat berjalan di atas pasir pantai


anak-anak di bawah jagaan bapa.. hehehhe

di tempat mainan kanak-kanak



di tempat mainan kanak-kanak


pandangan pool daripada bilik hotel..


by KNAMGIS. Powered by KEOWN