Monday, July 4, 2011

Miliki rumah terlebih dahulu-Kosmo 4 julai 2011

Miliki rumah terlebih dahulu


KUALA LUMPUR - Golongan muda yang baru bekerja lebih berminat untuk memiliki kereta, telefon pintar dan gajet terkini termasuk kamera digital yang menelan harga ribuan ringgit berbanding membuat pelaburan berupa rumah kediaman untuk pelaburan masa hadapan.


Jurulatih hartanah, Dr. Shah Razali berkata, nilai pembelian untuk produk-produk berkenaan dijangka susut dalam tempoh yang cepat ekoran peredaran masa dan keperluan pengguna serta pengenalan pelbagai produk terbaharu di pasaran.


Sebaliknya, golongan berkenaan beranggapan bahawa usaha untuk membeli rumah akan dilakukan sekiranya mereka memasuki fasa seterusnya dalam kehidupan mereka iaitu ketika sudah berkeluarga dan mempunyai anak.


"Pada awal bekerja, mereka mempunyai status kewangan yang sihat dan sepatutnya mereka perlu fokus kepada perkara yang boleh membantu meningkatkan pengembangan modal seperti membuat pelaburan hartanah dengan cara membeli rumah untuk disewakan.


"Ketika itu, mereka tidak perlukan modal yang besar dan membeli hartanah di lokasi yang menarik, tetapi cukup dengan sebuah rumah pangsapuri di lokasi strategik untuk disewakan.


"Sekiranya ia merupakan pelaburan yang tepat, maka ia akan mendatangkan aliran tunai yang positif," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku terbaharunya, Jejak Pelabur Hartanah yang diadakan di sini baru-baru ini.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.




Pagi tadi tertarik dengan satu perbualan di radio Hot FM yang mengatakan tentang artikel di Kosmo berkenaan dengan Pemilikan rumah bagi generasi muda. Penulisan ini amatlah bagus supaya dapat membuka minda para remaja yang baru menempuh alam pekerjaan. Rasanya ramai yang berminat, cuma kurang info tentang perkara ini. Masa aku dulu tidak ada pun info sedemikian. Pada remaja sekarang, tips ini amatlah bagus untuk diikuti.



Rata-rata invester muda berupaya memiliki kereta, gadget dll dengan mengaplikasikan banyak teknik yang nyata berkesan. Ada yang menggunakan rumah-rumah lelong/ 2nd untuk dijadikan modal membeli kereta yang di idamkan tanpa perlu membayar ansuran bulanan dengan wang poket sendiri. So.. dengan salah satu teknik ini membantu para remaja untuk memiliki barangan yang diidamkan dengan menggunakan teknik OPM.



Walaupun kini, banyak dasar dan tindakan kerajaan yang membantutkan sedikit perjalanan invester muda (cth : OD-ASB, rumah ke3..loan70% dll), aku percaya banyak lagi teknik-teknik lain yang boleh di keluarkan untuk tujuan pelaburan. Banyak tips dan cara untuk berjaya terutama di dalam pelaburan hartanah dan emas. Hafizal, Pokli, Pie, Tuah, Faridz, Tuan Bri, Uncle Dodi adalah rakan-rakan pemikir untuk mencari jalan berjaya di dalam kehidupan.