Monday, January 12, 2009

APA yang dunia mahu tahun 2009


Semua orang rasanya mahukan kedamaian... barulah hidup boleh senang.

Aktiviti yang penuh mgg lalu.



aktiviti aku hujung minggu amat memenatkan.

Mula pada jumaat, aku balik rumah jam 5 dan terus ambil apa yang telah bini aku packingkan untuk dibawa ke seremban dan melaka. setelah aku ambil semua anak-anak aku tunggu wife di Komuter Kajang. Jam 6.30 aku bertolak ke Royal Bintang Seremban. Aku guna GPS HTC aku dan set nak guna jalan LEKAS. Tapi rupanya jalan LEKAS tue belum abis siap.. kemudian gunakan jalan lama Kajang-Seremban untuk sampai ke Seremban. Aku dinner kat seremban, kedai tepi jalan dan melayan sup daging dll. Setelah selesai aku bertolak ke hotel.

Sebelum aku sampai ke hotel aku confirmkan dengan Sec. aku supaya book katil KING. Yela kalau tak mana muat nanti kan? Sampai di hotel aku terus check in dan setelahs elesai urusan anak aku terus masuk ke bilik MEETING. Bilik Boadroom 1. Aku tengok semua Prof. 2 dah ada dan aku org ke 13 daripada 14 yang terlibat dalam projek Nusajaya ini. Semuanya Prof2... kecuali aku yang anak ikan. setalah bincang2 dan sambung pada keesokkannya. Aku kena balik awal sebab aku ada field work kat Pantai Tanjung Puteri plak.

Aku gerak dari hotel jam 12.30 pm. Kembali Set GPS aku untuk ambil adik Ipar di Matrikulasi Lundang. sampai di lundang jam 1.45pm. Kemudian teruskan perjalanan untuk ke Mahkota Hotel Melaka. Dalam perjalanan ke melaka aku Makan Tengah Hari di Sawit Corner. Tempat tue suasana dalam ladang kelapa sawit tapi oklah.. nyaman dan makanan pun ok. Sampai di Melaka jam 3 pm dan aku lupa plak aku booking bilik jenis apa. ye la dalam dua bulan nie aku telah dan akan pergi berbelas hotel. Mana nak ingat semuanya dengan kerja yang banyak lagie. Kemudia aku bagi confirmation num. dan diorang check yang aku book 1 bedroom apartment.. oklah dan lokasinya dalah di blok Jasmine. kemudian aku terus ke bilik dan lihat bilik aku depan pool.. apa lagie anak aku pun menjeritlah ajak pergi.. Dengan keletihan aku bawak anak aku ke pool.. kemudian adik ipar aku bawa anak aku yang no. 3. seronok sungguh mereka main air. Yang no 3 tue siap menyelam sampai merah mata. baru dua tahun tapi tak takut air. kakaknya yang 4 tahun pun takut air.

Setelah penat main air.. jam hampir kul 5.30 petang. aku pun ajak anak aku naik untuk siap makan di umbai. jam 6.30 aku sampai di umbai dan tengok org tak ramai lagie.. apa lagie kasi orderlah. ikan jenahak, udang butter, kupang, sotong, ketam dll. Haziq plak penat main air sampai tak bangun2 dalam kereta. setelah selesai makan dan segalanya.. aku meronda di Pahlawan Mall. kemudian sampai di Hotel jam 11.00 pm.

Hari ahad pagie Alil dah call ajak sarapan di gerai mee bodoh kat Tengkera.. setelah dia ambik dengan Volvo S40 baru dia, kami terus ke gerai tersebut.. aku tengok.. punyalah ramai orang dan siap Q untuk tunggu meja.. pegh... jual tak mahal sangat dalam rm1.40 sepinggan. aku lihat pakcik yang tukang masak tue tak duduk diam goreng mee. sampaikan bila tak ada keje.. tangan still buat keje.. iaitu ketuk meja.. hehhehehe

Setelah makan aku ke hotel dan Ana nak jumpa Za. Aku dan alil bincang projek di lobi bawah. kemudian setelah selesai Alil bawak aku makan di kedai dekat Mahkota prade. kedai asam pedas.. katanya banyak Artis makan kat situ. Aku makan ketam goreng je.. .. bini aku dan adik ipar aku makanlah..

Setelah makan aku pun gerak ke Tg. Puteri untuk buat keje aku. Setelah selesai kerja aku aku hantar adik ipar ke Lundang dan aku berangkat dengan oddesey aku ke Kajang. Sebelum sampai bini aku nak tengok progress rumah kami di Vista Emas. Wow.. pagar dah pasang dan kashran dah tabur... moga-moga boleh duduk april ini setelah mengkayakan oarang lain dengan menyewa.. hehehhehe









Thursday, January 8, 2009

Lawyer Payment for Seri Tanjung Bangi

Selasa lalu (6 Jan 09) aku terima call daripada lawyer Faizal di Saujana Impian mengatakan yang aku perlu bayar late-extention time untuk rumah seri tanjung. Aku tanya kenapa dan bila. Dia kata hari ini dan kena hantar ke lawyer LIM SOH & GOONTING di Jalan Masjid India. Mampuslah. aku ada banyak keje nak buat. Dia kata Lawyer Public bank tue suh bayar dulu baru boleh dapat extend masa dan kalau tak bayar hari ini rumah tue boleh kena lelong semula.

Apa lagi menyiraplah aku.. aku mintak no tel LIM SOH dan call ngan sandy.. aku tanya apa kes.. setelah dia terangkan barulah aku tahu benda sebenarnya.. tapi yang tak baiknya dia kata rumah tue boleh dilelongkan semula sebab lawyer aku tak buat payment dll... mmm entahlah.... lawyer punya pasal/... jangan aku jadik mangsa sudahlah.

Lawyer aku suruh aku pergi jalan masjid india dan buat payment.. mana aku ada msa nak pergi on the spot.. lastly aku suh lawyer aku pergi dan pakai duit dia dulu.. dan semalam (rabu) aku pergi ke lawyer aku dan bayar bayaran extention masa tue dan sekali ngan payment lawyer aku berjumlah rm 2996++ total bayaran lawyer adalah hampir 4k.. banyak tue.

dulu bank akan tanggung bayaran lawyer tapi kini hanya untuk properties yang lebih 100k aje..

apa-apa pun tenant dah masuk dan senang sikit hati, cuma grill belum siap lagie... tenant aku duduk rumah yang tak ada grill....hehehhe

Friday, January 2, 2009

Rumah Vista - Updated 25 Dec 2008

Rumah dah hampir siap semua dengan jalan dan drainage.
Interest pun dah kena bayar sehingga rm750 sebulan...
moga2 dapatlah duduk dalam bulan 4 ini.

Gambar Semasa