Monday, December 22, 2008

Ragam Pemandu Bas


Kebanyakkan semenjak dua menjak ini aku lihat banyak sangat kejadian bas kemalangan dan terbabas. aku mulanya tak berapa setuju kerana macam tak logik alasan orang yang bas bawa laju dan sebagainya.


Tapi apa yang aku alamai dua minggu lalu (6 dec 2008) semasa aku ke Cameron Highlands bawa anak-anak dan wife makan strawberry.. aku lihat ada sebuah bas dalam keadaan laju.. aku mengokorinya (dengan jarak selamat) dan lihat meter kereta aku dah dekat 130kmj. sedangkan had laju bas di highwaya dalah dalam 100 - 110 kmj...


baru lah aku percaya yang memang ada bas yang bergerak laju yang mana boleh emngakibatkan kemalangan jalan raya.


Rumah Sri Tanjung



Hari sabtu lalu, aku telah membasuh rumah Seri tanjung kerana ada tenant nak masuk 25 Dec ini. So aku gerak dari umah jam 8.45 am dan telah singgah ke kedai hardware untuk beli pengikat langsir kerana masa mgg lepas ada yang tak cukup.


Sampai aje di seri tanjung, aku terus angkat barangan untuk dibawa kedalam rumah. Setelah membaiki besi langsir, aku mula membasuh dengan membasuh bilik2 dahulu. kemudian ruang tamu dan seterusnya dapur dan beranda belakang. Selesai kerja pada jam 12 tengah hari dan terus balik rumah kerana ada urusan lain yang perlu di selesaikan. Tetapi sehingga hari ini masih menerima call untuk sewa rumah tersebut. panas jugak area rumah tue..

















Sunday, December 7, 2008

Balik Kg Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya..
Semalam aku bertolak balik ke Kuantan jam 9 pagi. dan jam 10 sampai di jalan Bellamy dekat istana negara untuk makan ikan bakar. Ngidam agaknya.. sampai jam 10 aku orang pertama. Selang 20 init dah ada sekat 5 keluarga yang datang. Ada seorang akak tue tanya aku selalu ke makan di sini, aku cakap adalah seminggu sekali atau dua minggu sekali. tapi orang umah biasalah makan hari keje. Dia cakap kat sini kalau lebih jam 11 akan bersesak2.. So aku rasa kedai nie memanglah ok dan menjadi tumpuan ramai. Selepas ku makan Udang bakar, ikan pari, kembong, dan talapia bakar di samping kerabu salon dan kacang botol, aku pun nak bergerak balik ke Kuantan. Kemudian bini aku cakap yang anak ke empat aku si fathiah tue berak.. so selepas basuh berak cariklah pakaian dia. tengok2 taka da. aku tanya bini aku.. dia kata tak ambik ke beg merah dekat pintu. aku cakap tak.. apa lagie menyirap lah.. tapi nasib baik dah lama kawin ... dah memahami kutranglah marah maybe salah amsing2..

kemudian aku decide untuk balik ke Kajang untuk ambik beg anak aku. Jam 1 petang aku sampai ke tol Gombak.. tetiba aku tengok tol smart tag pun jem.. lepas masuk ke smart tag.. aku tengok kereta dah bersusun.. aku rasa maybe ada road block kat stesen timbang JPJ gombak. Kemudian aku dengar radio Hot FM kata jem kat Lebuhraya MTD dari tol gombak ke Terowong karak.. Wow.. tak pernah aku terbabit dalam jem yang panjang sedemikian...

kemudian aku tabahkan hati mengharungi ranjau perjalanan tersebut. Kemudian aku tengok banyak kereta mamat singapore seperti Astima, Harrier, Stream Accord dll lagie potong ikut line kiri. aku pun menyirap lah.. sampaikan ada sebuah tue melintang tengah jalan sebab nak pergi dari lane kanan ke kiri sekali untuk potong Q. Beginikah etika pemandu singapore yang hipokrit. Mereka dalam perjalanan ke Genting...

Sampai di terowong jam 3 petang.. dan kemudian slightly smooth.... oklah aku sampai ke kuantan, umah mak mertua jam 5 petang... penat nak mampus...

aku tidur awal jam 10 malam keletihan.. tetiba aku dengar telifon aku berbunyi jam 4 pagi.. bapak aku miss call 5 kali.. Aku tertanya kenapa, mesti ada hal penting. kemudian aku call bapak aku then dia cakap mak long aku meninggal kat Kuantan tapi nak kebumikan kan dekat Raub.. jam 7.30 pagi aku ambik bapak aku dan abang aku dan terus ke Raub..... dan setel;ah selesai proses kebumian, aku kembali ke Kuantan jam 6.30 petang dalam hujan yang lebat.

Itulah kisah kepenatan 2 hari yang penuh dengan cerita dan pengalaman baru.

Wassalam

Selamat HAri Raya Aidil Adha. Semoga korban yang kita lakukan tahun ini diberkati Allah. Dan pahamilah dengan teliti erti dan proses Korban yang sebenarnya. Jangan kita kerugian dan sis-sia sahaja berkorban.

Tuesday, November 25, 2008

Rumah Vista



Progress untuk Rumah Vista adalah 75%. Bayaran deposit syabas RM130 dan TNB RM260 telah dijelaskan. Sekarang sedang rancak membina pagar, drainage dan jalan. Insyallah akan siap pada awal tahun depan.


Gambaran dibawah menunjukkan progress pada bulan September yang lalu.








Wednesday, November 19, 2008

Story of the day 19 Nov 2008

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorangtu Budin dan sorang lagi Ciko.

Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu haritok imam tu dtg dgniat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nntkami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."

Dg segera tok imam merampas mikrofon drpAli & menyuruh tok bilal azansemula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratulihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgklg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.

"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur leke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum punikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekalijee tokkkk!!"
lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depanjadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni...

Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagitu.

Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu &terpana...

Tuesday, November 18, 2008

Conference di Greece



Conference WSEAS di Corfu Islands, Greece telah dijalankan pada 25 hingga 28 Oktober yang lalu. Kepenatan menaiki 3 kapal terbang selama lebih kurang 26jam amat memenatkan. nasib baik menaiki Golden Class dari KLIA ke Rome. Manakala dari Rome ke Athens dan Athens ke Corfu Island menaiki Olympia Airlines. Cuaca kat sana tak terlalu sejuk iaitu diantara 16-23 Darjah Celcius. Aku bentangkan 2 paper pada hari ketiga. dan balik ke Athens pada 29 hb. Oleh kerana tiada flight pada 29hb dan 30hb, maka aku terpaksa menginap di Athens di Best Westen Hotel.


Pada 30hb sempat jugak aku berjalan ke Agropolis, Pothenom dll peninggalan sejarah mereka. Aku kagum macam mana mereka membina bangunan dan stadium Athens untuk olimpik yang pertama pada 1896. Macam mana mereka mengangkat batu-batu tersebut dan menyusun setinggi-tingginya. Di Greece, banyak pokok zaiton, Oleh itu banyak produk daripada pokok zaiton seperti sabun dan lain-lain lagie. Sempat juga membeli beg untuk wife. Walaupun berharga 70Uero tapi ianya adalah memang buatan Greece. Sempena hari lahir pada 23 Oktober yang lalu.















Wednesday, April 16, 2008

Properties Investment

Rumah Sewa
1) Vantage Condo Desa Petaling
2) Penara, Bandar Tasik Permaisuri
3) Pelangi Damansara, Damansara
4) Apartment Sri Tanjung, Bandar Baru bangi
5) ....... will add soon ...

Rumah Sendiri
1) Vista Emas @ Bangi