Tuesday, December 22, 2009

Seminar M U W A R E C dan meeting dengan UGM yogyakarta

12 - 16 dec. lalu aku ke Yogyakarta... ada meeting ngan UGM dan international conference di Hyatt Yogyakarta... mulanya malas nak pergi.. tapi memikirkan ada paper yang nak dibentangkan dan invited dari prof joko.. pegie jugaklah.... lagie pun nie perjumpaan penyelidik Muslim di seluruh dunia... tahun depan kat pakistan lah plak.. tapi cam seram plak nak pegie dengan banyaknya rusuhan di sana

bertolak jam 7 pagie dan sampai terus ke hotel untuk letak beg dan terus ke UGM untuk meeting ngan penyelidik di sana. Balik petang dan terus ke bandar untuk "shopping". aku temankan aje lah hehehheheh

banyak jugaklah tempat yang menarik yang boleh dilawati kat sana... kalau ada masa yang solid rasanya.. memang puas bershopping kat sana.. rege murah sikit banding bandung...

batiknya pun murah sikit... batik pasang untuk perempuan boleh dapat RM60.. kat bandung rm90 dengan kualiti yang sama.

lawatan ke Borobudur candi pun banyak yang menarik... bagaimana usaha orang dahulu yang nak bina candi sebelum Islam datang ke Indonesia..

Muzium rekod yanga da di indonesia seperti patung budha yang terkecil, lukisan yang terkecil, baju yang terbesar dan lain2 boleh dilihat di situ

Makanan plak banyak yang sedap dan murah. Masakan solo dan yogya nampaknya berkhasiat kerana kurang minyak dan lemak. ramuannya cukup sifat dengan ulamnya sekali.

lawatan ke kaki gunung merapi pun menarik.. dapat dilihat bertapa suburnya tanah disitu.. tapi hakikatnya penduduk tempatan masih tidak mahu berpindah walaupun terancam 5 tahun sekali dengan meletusnya gunung berapi tersebut.. kali terakhir adalah pada 2006 dan kemungkinan akan berlaku pada 2011 menurut pakat gempa bumi UGM.




makmal kejuruteraan pantai - model





kiri - green roof -banyak pokok ditanam diatas bangunan
kanan - gunaka tenaga solar untuk pam air di sungai berhampiran untuk menyiram tanaman di atas bangunan




kiri - tanaman anggur hidup subur
tengah - di hadapan candi borobudur
kanan - kerusi daripada bahan buangan tayar


kiri - di atas candi borobudur
kanan- pandangan dari atas candi borobudur


kanan - struktur candi borobudur
kanan - suburnya tanaman di atas atap pejabat


kiri - di hadapan candi
kanan - patung budha terkecil

kiri - fenomena letusan gunung berapi 2006
kanan - baju terbesar di indonesia 7 meter panjang


kiri - lukisan terkecil di Indonesia.. ak tengok kena pakai kanta
kanan - masjid tertua di Yogyakarta dan top 5 tertua di Indonesia





kiri - kaki gunung merapi
kanan - bandar yogyakarta maliboro dan pasar beringharjo


kiri - seorang model indonesia sedang bergambar
kanan - lokasi tempat raja bermandi dan memilih bakal isteri

kiri - laluan bawah tanah untuk sultan pergi solat
kanan - gambar masjid tertua di yogyakarta sejak tahun 1700++ lagei


masjid lama yang bahan binaannya di datang dari german dan perancis di sekitar tahun 1700++
seorang ahli AJK masjid yang lancar menerangkan tentang sejarah masjid dan juga senireka masjid tersebut
pada tiang masjid tersebut mepunyai pelbagai corak yang mengambarkan tentang kedatangannya agama hindu - budha - kristian dan akhirnya Islam

2 comments:

PG said...

SalaM Keown..
Bila hang tulis pasai jogja,teringat aku tentang jogja dan ketinggian budi bahasa orangnya.
Aku ke sana sewaktu gempa bumi mei 2006 memberi bantuan perubatan.Sebulan di sana,kami membuka hospital medan ATM.
Waktu itu gunung merapi sedang merah membakar,suasana amat cantik bila dilihat pada malam hari.
Rindu nak ke Keraton lagi.Barang memang murah di Malioboro.T shirt boleh dibeli dengan harga rm4 sehelai..Terasa sedap sambil makan satay jogjda..
Hang sempat makan kat Restoran Wong Solo tak?
Macam mana org dulu boleh buat chandi brobodur.
Di sana juga ada pantai yang cantik..
...oh menusuk kalbu...

PG
pgcare.blogspot.com

KEOWN said...

wong solo tue kat mana? kat jalan tentera sebelah hyatt ke?
aku tak ingat nama restoran di sebelah hyatt tue tapi namanya ada solo gak.. rumah kayu. aku makan kat situ tiap2 malam memang ebst semuanya enak2... terutama sup buntut (ekor) hehehhe

PG lagie pengalaman di Yogya kan.. emamng sana orangnya baik2... hormat orang luar. now T shirt di malioboro 50ribu 4 helai aka rm4.5 sehelai... borang gak sebab nak bagi kat orang sampaikan kena extra charge di airport.

PG maybe tahun 2011 berpeluang lagei kesana hehehheheh

orang sana cakap selepas reda gunung berapi tue.. tanah kat sana subur bangat... tue yang diorang tak pindah.. pindah bila gunung nak meeltus sahaja