Wednesday, November 18, 2009

Tip Membeli Apartment

Semalam berpeluang membaca satu tip membeli apartmen daripada suratkabar kosmo 17/11/200

Tipnya adalah;

1) Sebelum membeli, kaji pasaran bagi memastikan anda mendapat nilai wang anda. Dapatkan nasihat penilai dan agen hartanah bebas dan bukan pihak pemaju atau agen jualan mereka.

- Ulasan : bagi rumah baru.. kaji juga pasaran sekeliling supaya perbezaannya tidaklah banyak. Pastikan juga kadar sewa kawasan tersebut. Adakah ia bagus untuk disewa jika anda membeli apartmen tersebut. Kadang2 pemaju akan mengawal harga apartmen sehinggalah semua fasa pembangunannya siap. Selepas itu dia biarkan dan kebanyakannya akan menjunam bawah daripada nilai belian awal.

2) Kunjungi beberapa lokasi yang memenuhi kriteria yang di ingini agar anda mendapat idea pembelian yang ingin di buat.

- Ulasan: ini lebih kepada kepuasan diri. Pastikan anda puas hati membeli apartmen tersebut. Janganlah selepas membeli.. rasa menyesal kerana tidak membeli apartmen B

3) Lihat sama-ada hartanah yang anda suka terletak berhampiran dengan kemudahan seperti kedai, perkhidmatan pengangkutan awam, sekolah, taman rekreasi dan sebagainya.

- Ulasan : kemudahan ini adalah yang paling penting. Tanpanya hidup anda akan ada kekurangan. Melainkan anda menganggap apartmen anda sebagai tempat tidur semata-mata. Kemudahan ini diperlukan jika anda sudah berkeluarga. Walaupun kemudahan ini jarang anda gunakan tapi ia merupakan nilai tambah kepada value dan juga kepuasan anda.

4) Lihat sama-ada bangunan apartmen tersebut berhampiran dengan kelab malam, kafe atau tempat muzik lain.

- Ulasan: ini lebih kepada keselesaan. Mungkin ada gangguan apabila masa untuk tidur/rehat. Elakkan jika kurang berminat dengan perkara sebegini.

5) Perhatikan keadaan trafik di sekitar apartmen tersebut dengan bertanya adakah keadaan bising ketika waktu puncak dan adakah akan memberi kesan kepada gaya hidup anda.

- Ulasan : Elakkan kawasan yang begitu crowded sehingga menyukarkan anda untuk keluar dan masuk ke dalam kawasan apartmen. Ianya akan mengganggu anda sekiranya berlaku kesesakan.

6) Ketahuilah usia bangunan dan sama ada anda perlu melakukan penggantian atau membaiki keadaan dalaman apartmen.

- Ulasan: Usia bangunan perlu diketahui kerana ianya akan menentukan kos penyelenggaraan yang akan anda tanggung. Sekiranya banyak kos.. elakkan, tetapi jika anda dapat membeli apartmen tersebut di bawah nilai pasaran, anda boleh memikirkannya semula.

7) Pastikan langkah keselamatan yang disediakan di bangunan tersebut.

- Ulasan : Ini adalah untuk keselamatan anda meninggalkan rumah mahupun berada di dalam apartmen. Trend perompak waktu kini adalah dengan merompak di siang hari iaitu masa tuan rumah pergi bekerja...

8) Adakah anda mempunyai beranda yang membenarkan anda melihat pemandangan yang indah atau pemandangan anda terhalang.

- Ulasan : ini adalah pilihan di mana untuk keselesaan penghuni.. adalah baik jika pandangan rumah anda KLCC, huta kehijauan dll yang mana memenuhi citarasa anda.

9) Berapakah caj penyelenggaraan dan apakah yang termasuk dalam caj tersebut

- Ulasan : pastikan nilai insuran, kos pembersihan, kos penyelenggaran dan juga kos-kos lain yang terlibat. Kadar bagi kondo mungkin dari rm130 hingga rm300 atau lebih. Kadar bagi low atau medium low adalah sekitar rm30 hingga 60

10) Sekiranya anda mempunyai kereta, ini merupakan soalan yang penting, adakah tempat letak kereta disediakan atau anda perlu membayar wang tambahan untuknya..

- Ulasan : biasanya pihak pengurusa akan memeberikan satu atau dua tapak untuk meletak kenderaan. Ada juga pemaju yang menjual tapak yang berbumbung seperti tambahan rm5000 untuk satu tapak atau mengenakan kadar sewa tambahan sebanyak rm80 sebulan untuk tambahan kereta dan sebagainya.

Sumber : http://freshome.com

16 comments:

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

good tips..
leh ceduk jd panduan ni..tq

KEOWN said...

banyak lagie tips.. tapi aku just ulas apa yang aku tahu dan based on the tip dari kosmo tue... kalau boleh... janga terlalu jauh dengan tempat tinggal kita.. bukan apa... senang nak pantau....

Admin said...

Ya betul..selain melabur utk buat duit, melabur juga kena peace in mind :)....bila masuk rumah baru? semalam aku visit alam sari, tadika yg jiran aku run, boleh tahan juga design dalamnya

KEOWN said...

man.. aku maybe masuk4/12.. jumaat...

tadika mana yang belakang tue ke? so ada dua lah nanti kan tadika baru dalam VE.......

Admin said...

Lepas raya haji lah tu..tadika alam sari, sebelah GMI, esok openday nya. Ni artikelnya http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/11/tadika-manjaku-cerdik-alam-sari.html Tolong support business kawan2/jiran2, tapi kalau tengok location&sambutan setakat ni boleh tahan tu..

Admin said...

rezeki masing2, sama2lah mencari & mengambil peluang yang ada. Kadang kita tengok biasa je, org lain tengok semua keluar duit :)

bisnes tadika bagus, bisnes makanan bagus, bisnes pendidikan pun bagus...semua bisness lah bagus :) janji bisnes sendiri & dlm bidang kepakaran & minat sendiri

KEOWN said...

makin banyak tadika kat kawana VE man.. dah ada 3 dah...

apa pun syukur pada apa yang allah berikan pada kita kan...

Admin said...

aah aku pun tengok makin banyak banner tadika/nursery naik, dlm GMI pun ada jugak 1 start tahun depan....banyak persaingan tu, main kualiti je lah....hot location & environment, itu yang ramai org berebut nak buka tadika..semalam dtg VE ke? Selisih kat simpang surau tu, aku le tu :)

KEOWN said...

ha ah.... anak bini nak tengok umah.... kat alam sari ada berapa tadika? kat VE aje ada 3... banyak tul.... saingan...

Admin said...

Salam bakal Tuan Dr, lama menyepi dengan rumah baru :) Belum siap mengemas rumah lagi ke?

Malam tadi aku ke VE4, ada solat hajat & baca yasin sana. Nama Khairul jugak, aku ingatkan rumah ko. Xpela kemas pelan-pelan, aku dulu pun berbulan-bulan juga baru boleh settle seme. Masa tu belum amik maid lagi...

KEOWN said...

sala Tuan Ylukman... umah memang tak abis kemas lagi.... banyak kotak2 yang belum bukak...

lagie pun bulan 12 nie hujung mgg terlalu sibuk.. banyak out station... tua yang aku pindah 4/12 tue.. jumaat.. sebab tue aje waktu yang aku ada....

jangan lupa 26/12 nanti.. jemput datang yek elpas zohor.. time rumah aku plak....

Admin said...

InshaAllah nanti aku inform ustaz & jemaah surau. Apa-apa hal aku inform ko nanti

KEOWN said...

thanks man...

Admin said...

Salam keown, ni buku yang ko cari hari tu. Aku email penulisnya. Wpun rumah ko dah siap bercat, xpela simpan buat koleksi, sbb buku ni bukan utk cat rumah sahaja, tetapi utk kenal potensi diri sekali

'Re: Aura Personaliti Warna kehabisan stok?
Salam Ukhwah buat Tuan Lukeman
Terima kasih atas promosi tersebut. Sungguh berbesar hati. Mudha-mudahan ada manfaat untuk semua.
Tuan boleh sarankan kepada teman-teman untuk hubungi Pusat Rawatan saya 03-5880 4349 atau Master Luthfi 017-333 2349 untuk tempahan buku secara pos.'

Admin said...

ni blog penulisnya http://mastershifoo.wordpress.com/

KEOWN said...

terima kasih tuan lukeman.... insyallah akan diusahakan untuk mendapatkannya

thanks jugak sebab call ustaz untuk lead semayang hajat kat umah aku semalam... semoga sabtu nie akan berjalan dengan lancar