Thursday, February 12, 2009

JB-Nusajaya 6-9 Februari 2009

Aku telah pergi ke JB kerana ada beberapa kerja yang perlu dilakukan. Projek Nusajaya dan LUCC banyak nak kena buat.. Aku bertolak pada 6/2 jam 8.30 pagie dengan maniki Serena. Oklah kereta ini.. Anak-anak pun suka sebab luas.

Kami bersarapan di Bandar Sri Putra. Setelah selesai makan pagie.. kami pun menuju ke JB. aku sampai ke Mutiara Hotel-JB jam 2 petang. dan terpaksa menunggu untuk check in. Setelah dapat kunci aku pun hantar anak bini ke bilik hotel dan aku terus keluar menuju pej UEM-Nusajaya kerana ada meeting jam 3.00 petang. Rushing dengan menggunakan GPS sebagai penunjuk arah Serena. sampai ke Nusajaya jam 3.20 petang dan terus tel En Samsudin. Setelah selesai meeting aku call brothe Bijan di UTM dan dia masih ada di UTM.. Apa lagie rushing plak aku ke UTM iku jalan belakang. sampai di UTM jam 5.30 dan borak2.. Aku ajak ivin dan bijan minum dan kami ke BBU untuk minum dan makan. Aku bungkuskan makanan untuk anak bini.
Malam tue aku start meetingan ngan orang Nusajaya dan Consultant Team yang lai. selesai jam 11 malam dan aku terus balik bilik dan tidur.

Esoknya aku ada kerja lapangan di Nusajaya.. Naik bas ke Nusajaya. dan mereka telah bawak lawatan ke seluruh Nusajaya. Aku dan hafal jalan Nusajaya tapi takpalah.. just ikut rombongan... mereka bawak ke show house... tapi rege tak ingat semua range dalam 700k keatas....
setelah abis lawatan dengan bas. kami pun dibawa menaiki bot untuk menyusuri laut menuju ke Sungai Pulai... PTP dan kembali ke Puteri Haobour Nusajaya.

banyak lagie akitiviti tapi dah penat menaip...


Anak-anak sedang menunggu maknya untuk makan mee rebus tulang di Hutan Bandar.

Gambar di sempadan Singapura. Trak tentera singapura bersiap-sedia untuk latihan

Pelabuhan Tg. Pelepas

Padang Golf Arapesona, Nusajaya - Just untuk residen sahaja

Suasana show room semi-D di Arapesona. Harga rm 800k tueee

Gambaran muara jety kapal persendirian

Gambaran pembangunan di Ledang, Nusajaya

14 comments:

Anonymous said...

Ko sekarang pakai kete apa? ari tu ko tulis pakay odesey, la nie pakai serina plak. dahsyat gak ko nie ek. bayak keta la plak....anyway banyak projek , banyak la yang 'masyuk'....

KEOWN said...

aku still pakai kereta wira "power " tue la..

kereta oddesey, Camry, Serena Cita tue semua kereta Sewa..

Jalan Jauh sewa kereta yang comfort sikit lah.. hehehhehe

azlina.... 14 - 16 mac.. aku dan ameen nak ke Lake town Bukit merah... nak join ke?

Anonymous said...

korang g sana ada apa? ada projek ke saja jalan2. laki aku ada member kat sana. ada apartment sewa utk pelancong. aku pernah g sekali. tapi rasa2nya tarikh tu aku ada program kat melaka la, kakak ipar aku ada buat program kat umah dia.

KEOWN said...

ooo ic..apartment berapa bilik?
kalau dua bilik punya aku naks ewa boleh?
berapa rate?

aku jalan2 carik makan aje...

Anonymous said...

masa aku pegi taun lepas, ada promosi tu serendah RM56 apartment, ko dah bleh dapat. kalau tak silap aku dalam 2 atau 3 bilik la. aku dengo cita gak kat sana banyak sangat lambakan apartment utk pelancongan yang diaorg buat tapi kene plak ekonomi down cengini, so diaorg terpaksa la bagi arga yang rendah asal ada org sewa. ujung minggu nie aku aku nak g pulau pangkur plak hehhee.. .ikut laki aku, dia ada keje kat sana :D

KEOWN said...

nanti tanyakan memeber laki ko kalau2 nak sewakan ngan aku pada waktu tue...

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

wah tgk blog ko keown asyik keja plus jalan2 je..best gak 2
As-best gak tu gi pulau
rehat

KEOWN said...

keje lah erni....

cuma jalan2 carik makan tue sambilan aje


tapi penat lah.. sebulan sekali hujung minggu aje duduk kat umah

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

ok 2...mmg ok cam2 keja sambil keja..anak2 yg happy
aku x de outstation2 ni pun ujung minggu mmg ada je aktiviti...tu pun penat...

KEOWN said...

tue la.. duduk kat umah sekali sebulan.. masa tue lah nak tebas pokok... kemas rumah... kekadang kacang botol dan lain2 tanaman aku siap dah tua.. tak sempat makan...

Anonymous said...

sejak duduk kl nie jarang la n dapat ngikut g dok hotel.. hehhe baru nie dapat ikut g pangkor. aku ngan anak2 sakan ler enjoi hehe.

Kheon, laki aku kata member dia tu skarang nie keje kat kelantan, so nanti dia cuba kontekkan.....

KEOWN said...

baik.. bos.. azlina kalaua da apa-apa nanti kasi tahu yek?

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

hehehe syok lak aku baca komen2 dlm blog kite btiga la...cam borak2 lak...psl masa borak betul terhadkan...kat sini le menyambil..

ok as selamat bercuti2 msia...nnt update

KEOWN said...

betul tue... kekadang aku pening gak nak bukak blog mana hehhe