Sunday, August 16, 2009

Tanah ooooohhh tanah

Tanah…. Apabila kita mengatakan tentang tanah… banyak perkara yang terlintas difikiran kita. Disini ada beberapa perkara yang perlu aku mintak bantuan kawan-kawan iaitu berkenaan tanah pusaka. Sekarang kita sudah tahu tentang pindaan Kanun Tanah Negara yang mengatakan bahawa tanah pusaka kurang satu ekar boleh di pecah bahagi. Adakah ini satu penyelesaian tentang permasalahan tanah? Adakah dengan membolehkan pembahagian ini akan berakhir dengan kebaikan bersama? Apakah cara yang paling berfaedah bersama tentang pengurusan tanah ini. Adakah dengan mendapat 1/8 ekar akan memuaskan hati kita sedangkan ianya adalah kategori tanah pertanian. Pembahagian mungkin akan memeningkan kepala terutama bagi tanah yang memanjang. Siapa yang hendak tanah di depan? Siapa yang dapat tanah dibahagian belakang?? Berapakan serahan jalan yang perlu direzabkan?? banyak persoalan yang timbul…. Apakah yang sepatutnya di buat ke atas tanah pusaka yang mempunyai banyak nama? Apakah penyelesaian yang terbaik??

7 comments:

pokli said...

tanya HAFIZAL JURU UKUR
tu pentingnya networking

pelabur said...

Kalau mengikut apa yang saya belajar, cara yang baik ialah:

1. jual tanah, bahagi duit.
2. buat family endowment (sewakan), keuntungan bahagi sama.

azlina said...

aku plak ada beberapa masalah pasal tanah pusaka. ada beberapa tuan tanah menuntut tanah tu, cuma dapat surat dari mahkamah membenarkan mengusahakan tanah ( power of attorney). tanah tak der gran. yang menjual dan membeli tanah dah meninggal, tinggal saksi jer tu pun dah tua. kalau cengitu, cemana plak nak buat?

KEOWN said...

banyak cadangan yang diberikan tapi aku kalau boleh tak nak jualkan kerana ianya dalah hasil datuk moyang kita dulu.... tapi bagaimana nak mendapatkan satu keputusan yang terbaik..

azlina... rasanya jurukur-hafizal leh jawab nie...

shaiful said...

Bro, pilihan jawapan tu dah ada depan mata. tinggal lagi "bagaimana nak mendapatkan satu keputusan yang terbaik ?" Aku yakin kau seorg yg "mahir" dlm "sistem tanah"

Aku pernah alami dilema tanah pusaka ni, lastly aku withdraw sebab nak jaga hati saudara mara. Pahit gak masa buat keputusan tp itulah yg terbaik.

KEOWN said...

saiful... tang pilihan tue yang susah.. aku kalau boleh tak nak jual.. walaupun pada sedara bukan apa.. tapi aku nak hargai penat lelah datuk nenek kita dulu dapatkan tanah.. dan bagi aku tanah nie sukar dicari ganti...

kalau nak bahagi plak.. amsalah pada siapa nak depan dll.. mmm pening... buat homestay ok gak nie.. tapi pengurusan plak masalahnya....

azlina said...

oo ye ke kheun, segen ler nak tanyer, karang kene charge mahal :D. satu lagi option kheun, ko beli tanah tu. duitnya baru bagi2 kan. so secara rasmin dan mutlaknya tanah tu milik ko