Friday, July 24, 2009

LELONGAN KEDAI

Kini setelah lelongan rumah banyak yang mengjangkau harga MV, aku pun terpikir untuk berubah cara untuk masuk lelongan... Ya.. daripada rumah apartment ke kedai....
Kedai yang dimaksudkan bukannya kedai yang berharga 300k atau 400k.. tapi hanyalah yang sekadar 100k ++. Kedai/pej nie tak banyak ragam sangat.. yang penting lokasi.. Kedai/pej nie.. biasanya orang yangs ewakan akan renovate sendiri.. so kita tak perlulah nak cat, tukar macam2 (pintu pun tak banyak) dll. Hanya sekadar mentol lampu dan piping yang maybe sedikit aje.

Sewa... selalunya kedai/pejabat ROInya boleh cecah 200% dan yang minima akan cecah 50%.. kurang dari tue maybe ianya bukanlah satu pelaburan yang bagus....

Adakah percubaan yang baru ini akan membuahkan hasil.... Kita saksikan......... mgg depan....
Bun......... jangan pandang belakang.........

Wednesday, July 22, 2009

Sewakan/pajak Tanah

Peluang selalunya datang sekali. Jika kita tak gunakan sepenuhnya... rugilah kita. Peluang yang aku maksudkan adalah peluang untuk menyewakan tapak tanah bagi mendapatkan keuntungan. Rata-rata tanah yang berada di pedalaman kita fikir tak ada nilainya selain hanya untuk bercucuk tanah. Tapi kini ada peluang baru iaitu untuk mencagarkannya kepada pihak kerajaan. tanah yang diperlukan adalah sebanyak 40 ekar... aku hanya ada 7 ekar setengah . tue pun tanah getah yang masih muda tapi dah macam tempat menjadi mat penagih mencarik modal. setelah berbincang dengan satu koperasi... dapatlah himpun 7 orang dengan total keluasan 43 ekar.. so bermulalah kisah mencagar tanah. oklah.. daraipada tiada hasil.. dapat lah dipajakan dengan kadar sewa rm500 se ekar sebulan. semoga ianya akan dapat digandakan .. bukannya sekadar menukarnya kepada Nissan Elgrand atau toyota Estima ataupun Alphard...

Tuesday, July 14, 2009

penat berjalan

10 - 13 july lalu aku telah ke Langkawi... kerana ada kolokium dan hari keluarga opis aku di samping ada kerja lapangan yang aku kena buat. So bini aku dan anak2 aku.. nak pegie sekali... aku pun decide naik kapal terbang... sebab senang banyak bagi aku.. tak yah drive dan naik bot...

so aku pun gunakan enrich card utk dapatkan promotion.. oklah.. aku 5+1 baby rm 860 pergi balik. naik MAS... budak2 lah yang paling xcited.. aku dah rasa bosan naik kapal terbang.. bukan pa.. boring duduk dalam kapal terbang.. tak tahu nak buat apa.. tak leh buat keje dsb... check in kat KLIA... ramai yang amat orang.. so aku gunalah Enrich card aku untuk check in menggunakan laluan Bussiness class.. so sekejap ajelah.. tak sampai 2 minit..

sampai ke langkawi.. anak aku nak ke makam mahsuri.. sebab diorang baru belajar pasal sejarah mahsuri.. oklah.. ikutkan aje... aku sewa kereta nissan sentra lampu ultramen tue.. rm80 sehari... oklah..... boleh bawak ke hotel dan pusing satu langkawi..... borong barang tak ingat punya.. coklat aje kat rm500++. nie penangan anak2 lah.. macam2 nak... kain batik plak.. banyak gak. lupa tak leh beli banyak...

Masa sukaneka... si fatin dapat no 1 dalam acara masukkan tali dalam straw.. oklah.. kalau kerja-kerja seni dia memang suka lah.. si haziq mengamuk nak main air laut.. tak nak masuk sukaneka.. aku.. dapatlah no 1 dan 3 utuk acara pancing botol dan charlie chaplin.. lari dalam guni... emamng fobia.. sebab dulu aku pernah masuk dan tengah leading... tapi terjatuh tergolek.. hahhahahhaha

nak baik kereta kabel tak boleh.. hujan.. so merayap ajelah dengan kereta ke segenap perosojk langkawi.. aku juga ke teluk ewa tengoki tapak penyelidikan aku kat sana.

masa balik memang kelakar.. masa nak lalu kat kastam.... dan polis..diorang detect ada sesuatu dalam luggage aku.. diorang tanya aopa.. aku kata entah.. bini aku yang kemas.. so bukak lah.... diorang kata da laptop... emamng ada aku kata.. tapi kat mana posisinya aku pun tak tahu.. so diorang bukak.. terus nampak kain batik yang memenuhi beg tue.. hahahhaha.. diorang pun tutup cepat2.. diorang kata tuitup.. nanti lain hal plak.. hahahhahahah... so lepaslah.. ye la. nak beli kain pada mak..makmertua.. bapak.. bapak mertua.. atuk nenek,. adik. kakak dll.. tue yang banyak.. bukan utk jual ke apa..

so sampai ke KLIA. azhar.. dah tunggu ngan LIMO nya... senang kalau kita dah biasa deal ngan driver aiport LIMO nie.. call aje.. ...

Tapi dalam kegembiraan ke Langkawi.. kesedihan plak terjadik.. anak aku yang bongsu... tue.. demam semula. aku fobia kalau dia demam sebab dia ada sejarah kena "tarik".. so aku terus ke KPJ kajang.. sampai ke KPJ.. terketar2 dia.. so.. now.. si Sara ada di hospital KPJ.. kena tahan ward.. sedih plak aku tengok dia...

Thursday, July 9, 2009

Nombor – investment @ hobby @ kepuasan @ pembaziran

Semalam aku pergi ke JPJ tasik permaisuri... sempatlah aku melihat kepada papan notis tentang no. Tender kereta. Terkejut jugak aku apabila aku lihat.. tender nom pemdaftaran yang ditender oleh orang... punyalah banyak...WSU1 = rm70800, WSU 2 & 3 = rm30k++ WSU4 = RM16k++... sampailah ke nom.. WSU9999. Aku lihat dalam no 1 -10 Cuma WSU 7 aje yang ditender oleh Melayu dengan harga tak salah aku rm20k++.

Apa yang aku lihat... pembelian no tender ini masih aktif walaupun katanya dalam kegawatan ekonomi. Kalau rm 70800 tue.. apakah kereta yang akan menggunakannya.. adalah PORCHE, MERCS, atau EXORA???? Di sini apakah yang kita boleh lihat. Adakah bertujuan untuk investment (beli dan akan datang jual semula no tender nie?), atau beli untuk kepuasan, atau beli untuk kemegahan, beli untuk keperluan atau sebagainya.

Nombor ekor membuatkan org merana dan juga papa.
Nombor duit untuk kekayaan
Nombor akaun untuk simpanan
Nombor ic untuk pengenalan diri...

Nombor..nombor...nombor...... kenapakah ia amat berantu.??????? Renunglah....

Thursday, July 2, 2009

Masa depan anak-anak

Semalam Haziq telah menjadi pengiring dan pembawa alu gendang semasa majlis perasmian Debat Pelajar baru U.K.M... Aku tengok di happy aje.. walaupun tunggu lama.....


Mengiringi masuk ke Dewan Utama D.E.C.T.A.R U.K.M dengan dilihat oleh pelajar baru U.K.M 2009/2010

menuju kepentas utama


bersalaman dan bersoal dengan T.N.C. HEP U.K.M


Kerana minat dan seronok.. mereka ini enjoy dengan kehidupannya. Ini bermakna ... mereka akan xplore dan buat apa yang mereka minat. Pembelajaran berasaskan praktikal sangat baik.. kerana mereka akan xplore dan mencari punca sesuatu perkara.

Kita sebagai ibubapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak2. Apa yang kita mahu lihat mereka pada masa depan... adakah nak menjadi pelumba kuda....

atau menjadi koboi.....


Semuanya pada tangan kita. Pendapat aku cara lama dengan menyuruh mereka mempelajari A..B..C... Ba.. Ca.. apa. dsbg perlu dipertingkatkan dengan mendedahkan anak kita kepada praktikal dan kejadian sebenar. Contohnya.. mengajar mereka menanam pokok.. dan membaja... menyiram.. etc.. akan lebih memberikan maklumat kepada mereka. Mereka paham tentang petumbuhan .. tentang .. perlunya air untuk hidup.. perlunya baja.. sebagai makanan tambahan... dan bagaimana Allah jadikan tumbuhan itu.
Dulu aku sering kali diasuh supaya mendapat no 1 atau 2 atau 3. Secara tak langsung kita akan stressb dan patah semangat kerana kekadang kita rasa memang kita tak boleh buat...
Kini... aku rasa kanak-kanak peringkat 3-7 tahun atau lebih.. memerlukan pendidikan berasaskan praktikal dan pendedahan di lapangan. Supaya mereka di didik untuk berfikir bukan menerima apa yang di berikan.
Kalau nak asuh anak menjadi usahawan/ahli perniagaan... asuhlah anak bagaimana pengurusan wang, penabungan.. OD.. Belian Hartanah.. ASB.. Saving.. Bank.. Jual.. Beli... dan paling penting ajarlah anak dengan permainan Saidina.. atau Monopoli ataupun CASHFLOW 101...

Hari Keluarga K E S U T R A

Pada 27 dan 28 Kesutr a telah buat satu family dah di Costa Rica PD... Rasanya dah lama tak bawak anak2 main pool... Aku tak mention pun pada anak2 yang kami akan ke PD.. pagi tue kejutkan diorang.. tak nak bangun... lepas aku cakap nak mandi pool di PD.. semua bangun dan terus ke toilet.. mandi.. Seronoknya diorang bermandi manda....


Bergambar depan lobby utama hotel


Sara di pantai

Haziq masuk acara kutip gula-gula... banyak tul yang dia collect... sampaikan penuh beg mak dia

Dah tak sabar nak mandi pool...

Sara seronok main air.. tak nak dipegang...



belajar berenang sendirian...


seronoknya mereka