Friday, March 5, 2010

Nasa lancar satelit kaji cuaca berteknologi tinggi GOES-P

WASHINGTON: Nasa hari ini melancarkan satelit meteorologi terkini dan berteknologi canggih yang boleh merakamkan fenomena ribut petir dan keadaan cuaca yang berlaku di bumi.

Satelit dikenali sebagai Geostationary Operational Environmental Satellite-P (GOES-P) itu dilancarkan dari Pangkalan Angkasa Cape Canaveral di Florida jam 6.57 petang waktu tempatan (2357 GMT) menerusi roket Delta IV.

Roket itu akan membawa satelit berkenaan ke orbit yang terletak 35,406 kilometer dari permukaan bumi.







Dari orbit, GOES-P akan mengumpul data dan menghantarnya ke bumi untuk digunakan oleh saintis bagi memantau keadaan cuaca semasa, membuat ramalan dan memberi amaran mengenai sebarang bencana atau perubahan cuaca dunia.

Satelit itu juga berkemampuan untuk mengesan perubahan lautan, suhu bumi, memantau cuaca di angkasa lepas serta kemudahan komunikasi. - AFP

Banyak Pro n kontra. Apa yang penting kalau ianya digunakan untuk tujuan yang baik. baiklah ia....

kalaus ebaliknya.. akan binasalah dunia. Ianya satu teknologi yang baru yang mampu merakam fenomena ribut petir yang mana selama ini sukar diramal...

Monday, March 1, 2010

Futsal Game - Geng Livina/ I Z I C vs pilihan Kelab Peminat Li ga Ma Laysia

bergambar dengan pemenang kategori wanita... kuning dan kuning

medal
medal


bergambar dengan pemain satu pasukan.. cuma farid dewan dah balik rasanya



aksi di padang



aksi di padang









GLS Geng Livina Sentral in the news






Kosmo


Kenali Kepintaran Anak Anda

PENGENALAN
Siapakah kanak-kanak pintar cerdas? Pelbagai takrifan telah diberikan dalam menjelaskan siapa yang dikatakan kanak-kanak pintar cerdas. Secara umumnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai kebolehan kognitif yang jauh lebih tinggi daripada kalangan rakan sebaya dikatakan sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdas. Bagaimanapun, mempunyai keupayaan intelek yang luar biasa sama ada memiliki keupayaan intelek yang tinggi dalam satu atau lebih subjek akademik bukanlah satu-satunya ciri bagi seorang kanak-kanak pintar cerdas ini. Ada dalam kalangan kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain. Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja kanak-kanak pintar dari aspek akademik tetapi juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang mengkagumkan dalam aspek kesenian dan kesukanan. Oleh itu, kanak-kanak yang mempunyai potensi dan tahap motivasi serta pencapaian yang tinggi dalam aspek intelek, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan serta mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik juga dilihat sebagai kanak-kanak pintar cerdas.

CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Walau bagaimanapun, ciri yang dipamerkan oleh seseorang kanak-kanak telah dijadikan sebagai asas oleh sesetengah pakar profesional dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar. Proses mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang paling mudah ialah dengan hanya melakukan pemerhatian sahaja terhadap tingkah laku kanak-kanak itu. Proses ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh seorang ahli akademik yang profesional malah ibu bapa pun mampu mengenal pasti ciri yang terdapat dalam diri anak mereka. Biasanya hasil permerhatian yang diperolehi adalah tepat atau lebih ketara dari kaedah pengenalpastian yang lain kerana ia dilakukan dalam suasana yang selesa bagi kanak-kanak tersebut tanpa banyak gangguan. Banyak ciri yang luar biasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini pada usia yang masih muda lagi. Walau bagaimanapun tidak semua ciri ini perlu dimiliki oleh seseorang kanak-kanak untuk dikatakan pintar cerdas. Seseorang kanak-kanak itu tetap dikatakan pintar cerdas walau pun hanya mempamerkan sebahagian dari ciri yang disenaraikan.

Dalam halaman ini ciri kanak-kanak pintar cerdas yang disenaraikan dibahagikan kepada tujuh domain adalah hasil dari ciri yand disarankan oleh pelbagai pandangan ahli psikologi seperti Gardner, Renzulli, Clark (Gargiulo 2006) dan Sousa (2003). Haruslah diingat bahawa tidak semua ciri tersebut perlu ada dalam diri seseorang kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas. Ciri ini dibahagikan kepada domain-domain:

A. kebolehan intelek yang umum
B. kebolehan intelek yang khusus
C. pemikiran kreatif
D. kepimpinan
E. kebolehan psikomotor
F. kesenian visual/persembahan
G. sosial emosi.

Kebolehan Intelek yang Umum

Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas, sekiranya mempamerkan ciri kebolehan intelek umum yang

lebih tinggi atau luar biasa jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Kanak-kanak ini didapati;

1. sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap usianya.

2. mempunyai minat yang mendalam dalam sains dan kesusasteraan.

3. mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra.

4. seorang usahawan yang bersedia untuk melakukan aktiviti atau projek yang menghasilkan

wang.

5. mempunyai disiplin kendiri yang tinggi sehinggalah hanya sedikit sahaja kawalan dari luar

yang diperlukan.

6. seorang yang bijak kerana menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah dan menjawab

soalan dengan cepat dan tangkas.

7. sangat kreatif dalam menghasilkan idea baru, melihat hubungkait dan menjana inovasi.

8. mempamerkan perasan ingin tahu yang tinggi serta bijak menerka tentang sesuatu objek,

situasi dan peristiwa.

9. berkebolehan untuk melihat dan mengkagumi sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

10. mendedahkan keaslian ekspresi secara lisan dan bertulis.

11. mempamerkan kesediaan untuk menerima sesuatu yang kompleks.

12. tidak hanya sekadar menghafal tetapi berkebolehan menggunakan pengetahuan dan maklumat

yang diingati dalam sesuatu situasi yang bersesuaian.

13. menunjukkan daya pertimbangan yang tinggi dalam menilai sesuatu perkara.

14. belajar dengan pantas, senang serta lancar dan sering mendapat gred yang baik dalam

kebanyakan matapelajaran.

15. menggunakan banyak logik minda (common sense).

16. menggunakan bilangan perkataan yang banyak dengan mudah dan tepat ketika berbicara atau

menulis.

17. bertanya banyak soalan yang provokatif.

18. berkebolehan memahami perkara abstrak, mengaplikasi konsep dan mensintesisnya.

19. mempunyai minat yang tinggi terhadap hubungan kesan-akibat, struktur, susunan dan

konsistensi dalam sesuatu perkara.

20. mempunyai kebolehan menumpukan perhatian dan tumpuan yang mendalam sehingga

mengabaikan yang lain di sekelilingnya.

21. seorang yang tabah dan tidak mengalah serta sangat berdikari.

22. mempunyai tahap tenaga yang tinggi.

Kebolehan Intelek yang Khusus

Selain dari kebolehan intelek umum, ada juga kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan intelek

yang khusus terhadap sesuatu bidang. Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai kebolehan intelek

yang khusus ini didapati;

1. menunjukkan ciri yang hampir sama dengan ciri keupayaan intelektual umum tetapi

menumpu kepada satu atau beberapa bidang sahaja.

2. memberikan tumpuan yang mendalam terhadap bidang yang sangat diminatinya.

3. belajar dengan pantas, mudah dan tanpa memerlukan pengulangan dalam satu atau beberapa

bidang (tidak semua bidang).

4. sangat suka belajar mata pelajaran tertentu sahaja berbanding mata pelajaran yang lain.

5. menghabiskan tugasan projek yang diminatinya dalam tempoh masa yang lama tanpa dipaksa.

6. berkebolehan menunjukkan perspektif yang luas dalam satu atau lebih bidang

7. berkebolehan menilai kebolehan diri sendiri dalam bidang yang minatnya.

8. hanya akan meminta bantuan dari orang lain yang lebih tua umurnya atau rakan sebaya yang

mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diminatinya.

9. mempunyai kemahiran verbal yang sangat lancar serta memiliki dan sering menggunakan

perbendaharaan kata yang tinggi termasuk perkataan uang unik dan baru jika dibandingkan

dengan umur atau tahap akademik di sekolah.

10. memiliki kemahiran berfikir yang tinggi serta berkemampuan menyelesaikan masalah yang

sukar untuk ditafsirkan.

11. berkebolehan untuk menbentuk teori baru terhadap sesuatu perkara

12. mudah mengenali hubung kait antara perkara-perkara yang dilihatnya.

13. mempunyai keinginan yang amat tinggi untuk tahu dalam semua perkara seperti objek, idea,

keadaan situasi atau sesuatu acara.

14. menunjukkan minat mendalam sehingga menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam satu

jangka masa yang lama.

15. mempunyai daya ingatan yang tinggi dan pantas serta mampu mengingati semula pelbagai

perkara dengan cepat .

Pemikiran Kreatif

Satu lagi domain yang dapat membantu dalam mengenali kanak-kanak pintar cerdas ini adalah

pemikiran kreatif. Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai pemikiran kreatif adalah kanak-kanak

yang didapati mempamerkan ciri seperti berikut:

1. sangat lancar dan yakin ketika menyatakan serta menjelaskan idea yang telah difikirkannya.

2. berkebolehan membuat hubungan-kait antara dua idea terpencil yang jarang difikirkan oleh

orang lain.

3. mempunyai pola pemikiran yang luwes dan bersedia untuk meneka serta membuat hipotesis.

4. berkebolehan meneka kewujudan sesuatu masalah dalam situasi tertentu dan bertindak secara

spontan dan mengikut gerak hati dalam menyelesaikannya.

5. dapat menerima wujudnya ketaksamaan dan ketidakpastian dalam sesuatu perkara serta sedar

terhadap ketidakkonsistensian dan ketidaksinambungan.

6. berkebolehan menimbang atau mendefinisikan semula elemen sesuatu masalah atau tugasan

dengan baik.

7. menunjukkan tumpuan yang mendalam ketika melakukan sesuatu tugasan yang diberikan

kepadanya.

8. dapat mengekalkan idea sendiri dalam sebarang perbincangan atau kolaborasi dengan orang

lain.

9. berkebolehan memberikan pelbagai penyelesaian atau respons terhadap sesuatu masalah.

10. tidak berubah fikiran apabila mengekpreskan diri dan ada kalanya bersikap radikal.

11. seorang yang periang dan berminat kepada cerita fantasi dan imiginasi.

12. selalu cuba untuk mengadaptasi atau memperbaiki sesuatu perkara.

13. tidak kisah menjadi seorang yang berbeza dari orang lain disebabkan oleh kepintaran serta

kreativitinya

14. sering membuat penilaiannya sendiri sebelum menerima sesuatu perkara yang dimaklumkan

kepadanya.

15. sering bertanya soalan provokatif, mencabar ibu bapa, guru, peraturan bertulis dan pihak

berkuasa yang lain.

16. bosan dengan penghafalan dan pembacaan lisan.

17. mempamerkan tingkah laku yang bertenaga dan adakalanya mengganggu perjalanan

pembelajaran dalam kelas.

18. menghasilkan respons yang tidak dijangka dan adakalanya tidak munasabah pada pandangan

orang lain.

19. berkebolehan menunjukkan tahap yang mengkagumkan dalam keasliannya, tumpuan dan

ketekunan menghasilkan sesuatu tugasan atau projek yang melibatkan minat dan imaginasi.

20. sering tercabar dengan idea-idea baru dan banyak bertanya soalan yang berbentuk ‘bagaimana

kalau..’.

21. sangat sensitif terhadap ciri-ciri estetik dan menghargai objek di sekelilingnya dengan

mendalam.

22. menyukai eksperimen, mencipta kaedah baru dalam penyelesaian sesuatu tugasan dan

adakalanya suka berangan, berkerja sambil lewa atau lupa perkara yang lain.

23. mempamerkan sifat suka berjenaka, melihat sesuatu yang lucu dalam situasi yang kompleks,

seorang yang kelakar dalam kelas, membuat jenaka pada situasi yang kurang sesuai.

24. pandai berjenaka serta mampu mencipta suatu situasi jenaka yang adakalanya tidak

difahami langsung oleh rakan-rakan sebayanya.

Kepimpinan

Memiliki ciri kepimpinan turut dilihat sebagai salah satu domain yang boleh mengenalpasti seseorang

kanak-kanak pintar cerdas. Seorang kanak-kanak dikatakan pintar cerdas dalam domain kepimpinan

sekiranya menonjolkan ciri kepimpinan berikut;

1. berkebolehan merangsang dan membangkitkan semangat orang lain dalam sesuatu perkara.

2. berkebolehan mengenal pasti kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh orang lain.

3. mudah berinteraksi dengan orang lain dan menunjukkan kemahiran sosial yang tinggi.

4. berkebolehan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara dan menyatakannya dengan jelas.

5. berkebolehan menerangkan idea dengan jelas kepada pendengarnya.

6. sangat empati terhadap perasaan orang lain seperti berkebolehan mendengar serta merasai

apa yang dirasai oleh seseorang yang menghadapi masalah.

7. berkebolehan memberi arahan dengan jelas dan berkesan terhadap orang lain.

8. mengamalkan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab serta boleh mengkordinasi

tugasan dari beberapa orang individu.

9. berkebolehan menjana perasaan positif (mood) sesuatu kumpulan dan sangat memahami

perasaan orang lain.

10. dilihat sebagai orang yang boleh membuat keputusan serta menyokong ahli kumpulan bila

perlu sahaja.

11. selalu diminta untuk memberi pandangan dan cadangan.

12. seorang yang berani untuk melakukan sesuatu yang baru.

13. ada kecenderungan untuk mengawal rakan sebaya dalam sesuatu situasi.

Kebolehan Psikomotor

Dalam domain psikomotor pula, kanak-kanak yang mempunyai tahap yang mengkagumkan dalam

aktiviti fizikal adalah kanak-kanak yang;

1. mampu mengikut rentak dan irama dengan mudah seperti menari.

2. sangat suka bersukan terutama sukan yang lasak.

3. sukakan permainan yang fizikal atau tarian yang lasak.

4. mempunyai bentuk tubuh yang sesuai dengan aktiviti fizikal sama ada kesukanan atau tarian.

5. sangat berkeyakinan, seimbang dan kordinasi dalam aktiviti kesukanan fizikal.

6. sangat bijak mencipta atau mengubah sesuatu permainan atau tarian yang disertainya.

7. sangat bertenaga apabila melakukan sesuatu aktiviti kesukanan.

8. mampu memahami aspek intelek dalam aktiviti psikomotor yang dilakukannya.

9. menunjukkan ketahanan, stamina dan ketekunan yang tinggi dalam aktiviti fizikal.

10. mempamerkan kemahiran atau kebolehan yang luar biasa dalam aktiviti fizikal berbanding

rakan sebayanya.

Kesenian Visual dan Persembahan

Dalam domain kesenian visual dan persembahan, kanak-kanak akan dilihat dari tiga sub domain iaitu

muzik, drama dan seni lukisan.

Sub Domain Muzik

Kanak-kanak yang amat berbakat dalam bidang muzik adalah kanak-kanak yang;

1. mempunyai kebolehan menghayati irama sesuatu lagu dengan mudah.

2. sangat bagus dalam memahami kordinasi irama, nada dan melodi.

3. berkebolehan membezakan muzik dengan bunyian yang lain.

4. memahami hubung-kait yang berkaitan dengan muzik.

5. seronok melakukan aktiviti yang berkaitan dengan muzik serta menghayati muzik sepenuh

hatinya.

6. menunjukkan ingatan kuat terhadap nada bunyi.

7. bersedia memberikan respons terhadap irama, melodi dan harmoni sesuatu bunyian yang

didengarinya.

8. menggunakan muzik untuk mengekspresikan perasaan atau pengalaman.

9. mencipta nada bunyian yang asli.

10. menggemari tarian dan aktiviti drama muzikal.

Sub Domain Drama

Sementara itu, kanak-kanak yang dikatakan berbakat dalam bidang drama adalah kanak-kanak

yang;

1. menunjukkan minat yang mendalam dan sangat seronok melakukan aktiviti lakonan.

2. berupaya menukar peranan dari satu watak ke satu watak yang lain samada sebagai manusia,

binatang mahupun objek yang berbeza.

3. menggunakan nada suaranya dengan baik untuk menggambarkan perubahan mood dalam

lakonan.

4. menunjukkan kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu konflik bila melakonkan sesuatu

adengan.

5. berkomunikasi dengan perasaan melalui wajah dan pergerakan tubuh badan.

6. sangat seronok dengan respons yang memberangsangkan yang diberikan oleh penonton.

7. mempamerkan kebolehan melakonkan sesuatu perasaan atau dan peranan yang diberikan

dengan mudah.

8. mampu membawa pendengar ke klimak dengan penceritaan sesuatu cerita secara lisan

sahaja.

9. mempunyai imaginasi yang tinggi dalam membayangkan sesuatu sama ada baik atau buruk.

10. boleh mencipta cerita yang bagus dalam menyatakan perasaan dan pengalaman yang

dialaminya.

Sub Domain Seni Lukisan

Satu lagi bidang dalam kesenian visual ialah seni lukisan. Kanak-kanak yang berbakat dalam

bidang ini ialah kanak-kanak yang;

1. berkebolehan melukis pelbagai objek dengan mudah.

2. memberikan tumpuan yang mendalam ketika menghasilkan sesuatu karya lukisannya.

3. mempunyai perancangan teliti dan baik dalam pembahagian ruang ketika menghasilkan

sesuatu lukisan.

4. sangat serius dan seronok dalam melakukan seni lukisan.

5. menunjukkan keaslian dalam usaha menghasilkan sesuatu hasil karya lukisan.

6. bersedia untuk mencuba bahan-bahan baru dan juga pengalaman dalam menghasilkan

sesuatu karya.

7. menggunakan sepenuh masa lapangnya untuk melukis.

8. menggunakan lukisan untuk mengekpresikan perasaan dan pengalamannya.

9. berminat terhadap hasil karya lukisan orang lain termasuklah menghargai serta

mengkritiknya.

10. suka menghasilkan karya yang berbentuk tiga dimensi seperti menggunakan tanah liat,

plastersin dan mengukir sabun.

Sosial-emosi

Sosial-emosi adalah salah satu domain yang penting dalam melihat ciri kanak-kanak pintar

cerdas dan berbakat ini. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan dalam sosial emosi adalah

kanak-kanak yang didapati;

1. sangat menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap

keadilan dan adakalanya mungkin akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya

tidak adil.

2. berkeyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana kebolehannya bukan kerana siapa

dia.

3. lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya.

4. berkecenderongan menjadi seseorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.

5. sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin melakukan tugasan

dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat menyempurnakannya atau menangguhkan kerja.

6. persahabatannya berasaskan minat yang sama dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang

sebaya dengannya.

7. mudah menyesuaikan diri dengan situasi yang baru dihadapinya.

8. mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang menarik minatnya.

9. jujur, peramah dan suka membantu.

10. sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku.

11. sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan mudah kecewa walau pun dalam hal-hal

yang kecil.

12. mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu

yang menyentuh hatinya.

13. sangat simpati dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti makan daging.

14. sangat teliti dalam hal yang berkaitan dengan peraturan bukan sahaja untuk diri sendiri

malah untuk orang lain.

15. tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan

dengan sempurna.

16. gemar bertanya soalan secara kritikal terhadap perkara yang serious seperti masalahmasalah

berkaitan populasi dunia dan isu-isu alam sekitar.



Sumber : Permata pintar negara @ http://www.permatapintar.com.my/

Berpuasa posting

Hari ini dah masuk bulan mac. Bulan februari tak ada langsung catatan dalam blog ini.. bukan apa..disamping banyak keje.. nak test jugak.. boleh tak hidup tanpa blog... ternyata kalau kuat semangat.. boleh.....tapi laju sikit di Facebook plak.. bukan apa.. jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa so.. panjang sikitlah ayat-ayat dan kata-kata.

Catatan pertama bulan mac ni adalah berkaitan bonus... ramai daripada kita dapat bonus.. ada yang 10 bulan dan ada yang 1 bulan.. tidak kurang juga dengan bonus ASB dan juga bank rakyat. ASB pasa siapa yang dah penuh tue.. bolehlah dapat 14k – 15k++. Dan pada siapa yang ada simpanan di bank rakyat....seronoklah.. Cuma yang tak seronoknya.. tak boleh topup.... kena belanjakan atau masukkan ke dalam ASB atau ASW dll.

Ada juga yang enjoy dll. Cuma yang penting.. mesti ada bahagian untuk kepuasan diri sendiri... bagi aku yang baru masuk umah.. abis sudah bonus.... dengan sofa, meja makan dan yang bank rakyat... terpaksa guna untuk buat porch/awning rumah.. sian kereta kena panas dan hujan....