Monday, December 22, 2008

Ragam Pemandu Bas


Kebanyakkan semenjak dua menjak ini aku lihat banyak sangat kejadian bas kemalangan dan terbabas. aku mulanya tak berapa setuju kerana macam tak logik alasan orang yang bas bawa laju dan sebagainya.


Tapi apa yang aku alamai dua minggu lalu (6 dec 2008) semasa aku ke Cameron Highlands bawa anak-anak dan wife makan strawberry.. aku lihat ada sebuah bas dalam keadaan laju.. aku mengokorinya (dengan jarak selamat) dan lihat meter kereta aku dah dekat 130kmj. sedangkan had laju bas di highwaya dalah dalam 100 - 110 kmj...


baru lah aku percaya yang memang ada bas yang bergerak laju yang mana boleh emngakibatkan kemalangan jalan raya.


Rumah Sri Tanjung



Hari sabtu lalu, aku telah membasuh rumah Seri tanjung kerana ada tenant nak masuk 25 Dec ini. So aku gerak dari umah jam 8.45 am dan telah singgah ke kedai hardware untuk beli pengikat langsir kerana masa mgg lepas ada yang tak cukup.


Sampai aje di seri tanjung, aku terus angkat barangan untuk dibawa kedalam rumah. Setelah membaiki besi langsir, aku mula membasuh dengan membasuh bilik2 dahulu. kemudian ruang tamu dan seterusnya dapur dan beranda belakang. Selesai kerja pada jam 12 tengah hari dan terus balik rumah kerana ada urusan lain yang perlu di selesaikan. Tetapi sehingga hari ini masih menerima call untuk sewa rumah tersebut. panas jugak area rumah tue..

















Sunday, December 7, 2008

Balik Kg Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya..
Semalam aku bertolak balik ke Kuantan jam 9 pagi. dan jam 10 sampai di jalan Bellamy dekat istana negara untuk makan ikan bakar. Ngidam agaknya.. sampai jam 10 aku orang pertama. Selang 20 init dah ada sekat 5 keluarga yang datang. Ada seorang akak tue tanya aku selalu ke makan di sini, aku cakap adalah seminggu sekali atau dua minggu sekali. tapi orang umah biasalah makan hari keje. Dia cakap kat sini kalau lebih jam 11 akan bersesak2.. So aku rasa kedai nie memanglah ok dan menjadi tumpuan ramai. Selepas ku makan Udang bakar, ikan pari, kembong, dan talapia bakar di samping kerabu salon dan kacang botol, aku pun nak bergerak balik ke Kuantan. Kemudian bini aku cakap yang anak ke empat aku si fathiah tue berak.. so selepas basuh berak cariklah pakaian dia. tengok2 taka da. aku tanya bini aku.. dia kata tak ambik ke beg merah dekat pintu. aku cakap tak.. apa lagie menyirap lah.. tapi nasib baik dah lama kawin ... dah memahami kutranglah marah maybe salah amsing2..

kemudian aku decide untuk balik ke Kajang untuk ambik beg anak aku. Jam 1 petang aku sampai ke tol Gombak.. tetiba aku tengok tol smart tag pun jem.. lepas masuk ke smart tag.. aku tengok kereta dah bersusun.. aku rasa maybe ada road block kat stesen timbang JPJ gombak. Kemudian aku dengar radio Hot FM kata jem kat Lebuhraya MTD dari tol gombak ke Terowong karak.. Wow.. tak pernah aku terbabit dalam jem yang panjang sedemikian...

kemudian aku tabahkan hati mengharungi ranjau perjalanan tersebut. Kemudian aku tengok banyak kereta mamat singapore seperti Astima, Harrier, Stream Accord dll lagie potong ikut line kiri. aku pun menyirap lah.. sampaikan ada sebuah tue melintang tengah jalan sebab nak pergi dari lane kanan ke kiri sekali untuk potong Q. Beginikah etika pemandu singapore yang hipokrit. Mereka dalam perjalanan ke Genting...

Sampai di terowong jam 3 petang.. dan kemudian slightly smooth.... oklah aku sampai ke kuantan, umah mak mertua jam 5 petang... penat nak mampus...

aku tidur awal jam 10 malam keletihan.. tetiba aku dengar telifon aku berbunyi jam 4 pagi.. bapak aku miss call 5 kali.. Aku tertanya kenapa, mesti ada hal penting. kemudian aku call bapak aku then dia cakap mak long aku meninggal kat Kuantan tapi nak kebumikan kan dekat Raub.. jam 7.30 pagi aku ambik bapak aku dan abang aku dan terus ke Raub..... dan setel;ah selesai proses kebumian, aku kembali ke Kuantan jam 6.30 petang dalam hujan yang lebat.

Itulah kisah kepenatan 2 hari yang penuh dengan cerita dan pengalaman baru.

Wassalam

Selamat HAri Raya Aidil Adha. Semoga korban yang kita lakukan tahun ini diberkati Allah. Dan pahamilah dengan teliti erti dan proses Korban yang sebenarnya. Jangan kita kerugian dan sis-sia sahaja berkorban.