Hari nie mood utk urusan tanah dan rumah malas plak nak di pikirkan... tetiba teringat tentang Sejarah.
Kalau diulaskan tentang Sejarah, rata-rata kita tidak berminat dengannya. Aku dulu masa belajar matapelajaran Sejarahlah yang paling tak diminati... sampaikan cikgu sejarah dah anti dengan aku. Dan aku tak belajar pun dan Cikgu sejarah aku dah memang meramalkan aku mendapat E dalam SPM.
Tapi bila keluar keputusan SPM Sejarah aku lulus, bila masuk form 6, jumpa cikgu sejarah aku semula dan dia terkejut aku lulus. maybe walaupun aku tak suka.. tapi aku ada gak baca2 dan dengar dari perbincangan kawan2 lain aku semasa group discussion. Maybe dari situ aku dapat beberapa point penting.
Tapi lately ini, Sejarah sentiasa diungkit, sama ada didalam perbincangan politik mahupun ilmiah... Tapui bagi aku, sejarah juga penting untuk anak-anak muda mengenali asal usul dan pengorbanan org lama. Kalau kita pergi kursus BTN, Sure bila balik akan tinggi semangat kenegaraan dan mengenang sejarah kita.
Perkara yang aku suka tentang sejarah adalah berkenaan pengorbanan ketika kita hendak merdeka. Semangat datuk moyang kita dengan kekurangan senjata dan peralatan.. masih mampu untuk mendapatkan kemerdekaan. Dengan masalah komunis, jajahan British sehinggalah kepada masalah jajahan jepun. Dulu Melayu bersatu padu untuk mendapatkan kemerdekaan, tapi kini sedih melihat melayu bergaduh sesama melayu. Bagi aku motto One Malaysia masih belum boleh di laksanakan. Kita kena mulakan dengan one melayu dulu.. then baru boleh one malaysia.
Dibawah nie ada beberapa artikel tentang Chinpeng, Pengganasan Komunis dan Darurat Tanah Melayu.
Chin Peng
Pengganasan komunis
Darurat Tanah Melayu
Tragedi Bukit Kepong
2 comments:
keown.. kalo kita mula ngan 1melayu, cina lak ngan 1Cina.. tapi macam mana ngan nasib kaum india?
kat PPP mereka ada, MIC mereka ada, Keadilan pun ada..
tapi sejarah membuktikan, mereka akan sokong parti yang kuat.. ha ha ha
tu la pasal... tapi takpa.. jangan pikirkan yang lain... majukan dan satukan melayu dulu.... bila dah kuat baru leh gabung ngan yang lain.... ada parti baru bun.. parti dari bubaran hindaraf.. Parti Makkal Sakti
Post a Comment