Pada sabtu lalu 14/3/09 Aku ada auction di KL untuk rumah Kajang Utama, tapi oleh kerana aku kena hantar dokumen di UTEM sebelum kul 12... aku pun minta Tuan Hafizal uruskan lelongan rumah tue.. pakai nama bini aku kerana nama dia bersih lagie suci lagie.. belum ada apa-apa pinjaman. Semua rumah dan kereta atas nama aku. Aku bertolak dari kajang jam10 pagi.. lewat sikit sebab abang ipar aku ada datang tidur umah aku.. Dia pun terpaksa gerak awal sebab aku akan ke Melaka. Dia pun tak aksi tahu awal.. tup2 datang hehhe..
Setelah sampai di Melaka dan selesai kerja aku.. aku pun check in di Puteri Resort. Ameen dah sampai di hotel.. tengok 2 bilik aku belum ready.. so terpaksa lepak bilik ameen. Kami ambik bilik connecting room.. supaya budak2 boleh bermain bersama..
Jam 2 petang pun belum check out lagie orang yang duduk bilik sebelah. So aku ngan ameen pun berangkat keluar.. mencari makanan dan berjalan-jalan membawa anak2. Kami makan nasi ayam dan kueh tiaw kerang di Mini Zoo Melaka. Setelah selesai, kami pun pergi ke bandar hilir... aku nak tunaikan permintaan haziq untuk naik Menara Taming Sari.. so lepas dapat parking.. kami pun menyusuri denai2 untuk ke menara tersebut.. tiket rm10 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak-kanak... tempoh masa naik turun adalah 7 minit...
Bila mulanya menara tue naik.. anak2 aku yang sememangnya aktive terus diam... duduk tak terkata.... then bila sampai di atas.. olah sikit.... mula berkata-kata berkenaan apa yang ada di sekitar melaka.
Selepas selesai berjaan-jalan di Dataran Pahlawan dan jalan Kota, kami menuju ke umbai untuk makan malam.. apa lagie pesanlah apa yang nak di makan. Malamnya pula layan bola.. bilik ameen layan bola dan bilik aku layan movie... anak2 bermain dengan girang.
Lepas tue jam 11.30 aku dan ameen mamak subaidah di Air Keroh..
Esoknya selepas sarapan, anak2 dah mintak nak main pool.... apa lagie terus salin baju dan main air...
Penat semua anak2.. dan selepas main air kami pun check out.. then meronda kembali di bandar. Nak shopping kata kaum ibu.. shoping di bangunan samudera aje.. carik baju dan kraf tangan..
Aku balik ke Kl jam 3 petang... penat sungguh.. tapi nasib baik haziq teman aku borak sampailah ke bangi.. tue pun tak terjwap soalan yang bertubi2. Kecik2 dah pikir banyak.
4 comments:
best tak naik menara taming sari? ajak laki aku tak mau naik :D
oklah.. layan anak-anak....
boleh ambil gambar satu bandar melaka...
tak takut sangat sebab ada aircond
dulu gi melaka bawak anak2 jln2...tp tgh hari panas giler..anak2 aku bukan nak jln nak naik beca je pusing keliling
kat area tue.. teduh erni.. tak panas.... redup aje...
Post a Comment