Tuesday, November 18, 2008

Conference di Greece



Conference WSEAS di Corfu Islands, Greece telah dijalankan pada 25 hingga 28 Oktober yang lalu. Kepenatan menaiki 3 kapal terbang selama lebih kurang 26jam amat memenatkan. nasib baik menaiki Golden Class dari KLIA ke Rome. Manakala dari Rome ke Athens dan Athens ke Corfu Island menaiki Olympia Airlines. Cuaca kat sana tak terlalu sejuk iaitu diantara 16-23 Darjah Celcius. Aku bentangkan 2 paper pada hari ketiga. dan balik ke Athens pada 29 hb. Oleh kerana tiada flight pada 29hb dan 30hb, maka aku terpaksa menginap di Athens di Best Westen Hotel.


Pada 30hb sempat jugak aku berjalan ke Agropolis, Pothenom dll peninggalan sejarah mereka. Aku kagum macam mana mereka membina bangunan dan stadium Athens untuk olimpik yang pertama pada 1896. Macam mana mereka mengangkat batu-batu tersebut dan menyusun setinggi-tingginya. Di Greece, banyak pokok zaiton, Oleh itu banyak produk daripada pokok zaiton seperti sabun dan lain-lain lagie. Sempat juga membeli beg untuk wife. Walaupun berharga 70Uero tapi ianya adalah memang buatan Greece. Sempena hari lahir pada 23 Oktober yang lalu.















1 comment:

HAFIZAL AHLAN said...

heheh. keown dah ada blog dah.. heheh