Friday, February 27, 2009

VistaEmas from Quickbird - middle of 2008


Kawasan rumah aku daripada satellite Quickbird II. Pada pertengahan 2008

Thursday, February 26, 2009

Jalan-jalan Cuci Mata

Last weekend, hari sabtu, aku dan family ada aktiviti luar.. tapi dalam KL aje.... mula-mula nak gie KL nak hantar jam TAG-HEUER aku ke LVMH di Central Plaza. Jam rosak masuk air masa mandi di Pool di Lumut tempoh hari. Jam ribu2 pun boleh masuk air kaaaaaa.....???$%#%^. Aku dah hantar ke Midvalley dan Sykt WATATIME tue kata kena hantar ke service center sebab nie dia kata major problem.. so weekend lepas aku cadang ak ke sanalah nak hantar repair.. warranty 2 tahun.. so ada setahun lagei.. genap 1 tahun dia buat hal... dipertengahan jalan aku tengok.. jam tue bergerak plak.. aku perati betul2.. ok plak... so setelah berfikir panjang.. aku pun tak jadik nak pergi hantar.. sebab kalau hantar pun nanti dia kata ok kan....

so aku pun ambik keputusan untuk pergi minum pagie aje.. setelah minum pagi, aku pusing2 ke tapak rumah aku.. mula2 takut nak masuk dalam kawasan pembinaan. lastly aku redah aje guna ferrari aku masuk dan park ke depan umah aku. aku pun intai dalam.. dan sebagainya.. oklah... tapi belakang umah aku agak tinggi dengan jalan..ada dalam 5 kaki tinggi.. so akan ada tangga besilah.. kebaikkannya.. ia akan selamat sikit sebab penjenayah tak boleh cungkil pintu dan tingkap rumah sebab terlalu tinggi dan boleh intai tingkat dua rumah belakang hahahhahah.

Kemudian, lepas pusing2 satu bangi.. aku dan family pun singgah lah di Bangi One Stop.. pusat perabot.. kira-kiranya nak cuci mata untuk umah barulah.. sampai kat sana banyak plak offer.. dan dah rambang mata.. anak-anak nak yang itu, bini nak yang ini.. dah pening kepala aku.. sofa kulit rm3500 (harga asal rm5600), set bilik tidur dengan wardrobe 8 kaki x 8 kaki rm3600 (harga asal rm5300).. tergugat plak jiwa raga.. boleh plak free interest 12 bulan untuk HSBC Credit card.. lagie pening kepala.. dah masuk 5 kedai.. adalah yang tersemat di hati untuk dibawa ke rumah baru nanti...

tapi yang menariknya.. anak lelaki aku tak mintak apa-apa pun... tapi dia plak dapat katil DIVAN untuk biliknya nanti.. untuk anak2 dara tak beli pun lagie walaupun macam macam pilih set bilik tidur.. bukan apa aku pening yela bilik just sebesar 140kaki persegi... nak masuk barang untuk 3 orang... anak bujang aku oklah.. bilik 130kaki persegi.. untuk dia sorang aje...


minggu nie.. mana plak nak cuci mata yek.. may ke kedai KC.. hehehheheh





nak lihat barangan umah yang menarik..
http://pkukmweb.ukm.my/~knam/design.html

Monday, February 16, 2009

Main Cash Flow 101

Pada hari ahad 16 Februari 2009, aku telah main cash flow 101 di Pejabat Jurukur Usaha di puchong. sebelum tue aku hantar kereta buat fully servis di bengkel di Puchong. Main cashflow ngan kamaruzaman dan hafizal. dapat lah main 2 game.. Game pertama aku tak lauar race sebab dah lupa cara nak main dan tenik yang digunapakai. game kedua aku boleh keluar setelah 45 minit main. tapi tak nak keluar lagie sebab rasa tak puas duduk dalam rate race tue.

Gunakan teknik pembelian hartanah dan ASB-OD untuk lebih cepat keluar dari rate race.

Thursday, February 12, 2009

JB-Nusajaya 6-9 Februari 2009

Aku telah pergi ke JB kerana ada beberapa kerja yang perlu dilakukan. Projek Nusajaya dan LUCC banyak nak kena buat.. Aku bertolak pada 6/2 jam 8.30 pagie dengan maniki Serena. Oklah kereta ini.. Anak-anak pun suka sebab luas.

Kami bersarapan di Bandar Sri Putra. Setelah selesai makan pagie.. kami pun menuju ke JB. aku sampai ke Mutiara Hotel-JB jam 2 petang. dan terpaksa menunggu untuk check in. Setelah dapat kunci aku pun hantar anak bini ke bilik hotel dan aku terus keluar menuju pej UEM-Nusajaya kerana ada meeting jam 3.00 petang. Rushing dengan menggunakan GPS sebagai penunjuk arah Serena. sampai ke Nusajaya jam 3.20 petang dan terus tel En Samsudin. Setelah selesai meeting aku call brothe Bijan di UTM dan dia masih ada di UTM.. Apa lagie rushing plak aku ke UTM iku jalan belakang. sampai di UTM jam 5.30 dan borak2.. Aku ajak ivin dan bijan minum dan kami ke BBU untuk minum dan makan. Aku bungkuskan makanan untuk anak bini.
Malam tue aku start meetingan ngan orang Nusajaya dan Consultant Team yang lai. selesai jam 11 malam dan aku terus balik bilik dan tidur.

Esoknya aku ada kerja lapangan di Nusajaya.. Naik bas ke Nusajaya. dan mereka telah bawak lawatan ke seluruh Nusajaya. Aku dan hafal jalan Nusajaya tapi takpalah.. just ikut rombongan... mereka bawak ke show house... tapi rege tak ingat semua range dalam 700k keatas....
setelah abis lawatan dengan bas. kami pun dibawa menaiki bot untuk menyusuri laut menuju ke Sungai Pulai... PTP dan kembali ke Puteri Haobour Nusajaya.

banyak lagie akitiviti tapi dah penat menaip...


Anak-anak sedang menunggu maknya untuk makan mee rebus tulang di Hutan Bandar.

Gambar di sempadan Singapura. Trak tentera singapura bersiap-sedia untuk latihan

Pelabuhan Tg. Pelepas

Padang Golf Arapesona, Nusajaya - Just untuk residen sahaja

Suasana show room semi-D di Arapesona. Harga rm 800k tueee

Gambaran muara jety kapal persendirian

Gambaran pembangunan di Ledang, Nusajaya

Lumut Perak 24 - 26 Januari 2009

Pada 24 - 26 Januari Lalu aku dan keluarga pergi ke Lumut. Akua da kerja di Lumut dan selebihnya kiranya bercutilah.

Aku Bertolak dengan Citra pada jam 9.00 pagi. dan memang menjadi rutin akan singgah ke Jalan Belammy untuk makan tengah hari dan breakfast sekali lah. setelah makan ikan bakar aku pun bertolak dari kl jam 12 tengah hari. Aku menuju ke Jalan Duta dan masuk ke PLUS highway. setelah jalan 20 minit dah mula JEM... aku pu redah ajelah.. jalan cuma dapat 30km/j sahaja. tention betul. Ramai betul org balik kg dan bercuti. sampailah ke sungkai jem tersebut. setelah turun highway dan sampai ke bidor dah pukul 3.30. Aku call hotel dan mengatakan aku akan lambat sampai. Then aku sampai jam 5.40 petang. Aku menginap di Blue Bay resort sahaja. sebab berjaya dah fully book. aku ambik kunci dan menuju ke bili. rupanya bilik aku just depan dengan swimming pool. Apa lagie anak aku pun terus pakai baju mandi. Lepas mandi jam 7.00 petang kami keluar makan dan jalan-jalan di pekan Lumut.

25 hb aku buat kerja dan petangnya aku dan keluarga jalan-jalan cari makan dan membeli belah. Sampai ke kedai Hasil Laut Normala.. bini aku pun beli belah sakan makanan laut.

26 hb kami bertolak ke Telok Intan untuk makan tengah hari dan jalan-jalan kat menara Condong... sampai ke Kajang jam 7 malam




Bersiap sedia untuk pergi makan (aik... mana supergirl aku ????)

Haziq dan Fatin sedang intai aku tengah buat keje

Gambar menara condong Teluk Intan


Anak dan isteriku sedang berdiri di hadapan menara Condong, Teluk Intan

Monday, January 12, 2009

APA yang dunia mahu tahun 2009


Semua orang rasanya mahukan kedamaian... barulah hidup boleh senang.

Aktiviti yang penuh mgg lalu.



aktiviti aku hujung minggu amat memenatkan.

Mula pada jumaat, aku balik rumah jam 5 dan terus ambil apa yang telah bini aku packingkan untuk dibawa ke seremban dan melaka. setelah aku ambil semua anak-anak aku tunggu wife di Komuter Kajang. Jam 6.30 aku bertolak ke Royal Bintang Seremban. Aku guna GPS HTC aku dan set nak guna jalan LEKAS. Tapi rupanya jalan LEKAS tue belum abis siap.. kemudian gunakan jalan lama Kajang-Seremban untuk sampai ke Seremban. Aku dinner kat seremban, kedai tepi jalan dan melayan sup daging dll. Setelah selesai aku bertolak ke hotel.

Sebelum aku sampai ke hotel aku confirmkan dengan Sec. aku supaya book katil KING. Yela kalau tak mana muat nanti kan? Sampai di hotel aku terus check in dan setelahs elesai urusan anak aku terus masuk ke bilik MEETING. Bilik Boadroom 1. Aku tengok semua Prof. 2 dah ada dan aku org ke 13 daripada 14 yang terlibat dalam projek Nusajaya ini. Semuanya Prof2... kecuali aku yang anak ikan. setalah bincang2 dan sambung pada keesokkannya. Aku kena balik awal sebab aku ada field work kat Pantai Tanjung Puteri plak.

Aku gerak dari hotel jam 12.30 pm. Kembali Set GPS aku untuk ambil adik Ipar di Matrikulasi Lundang. sampai di lundang jam 1.45pm. Kemudian teruskan perjalanan untuk ke Mahkota Hotel Melaka. Dalam perjalanan ke melaka aku Makan Tengah Hari di Sawit Corner. Tempat tue suasana dalam ladang kelapa sawit tapi oklah.. nyaman dan makanan pun ok. Sampai di Melaka jam 3 pm dan aku lupa plak aku booking bilik jenis apa. ye la dalam dua bulan nie aku telah dan akan pergi berbelas hotel. Mana nak ingat semuanya dengan kerja yang banyak lagie. Kemudia aku bagi confirmation num. dan diorang check yang aku book 1 bedroom apartment.. oklah dan lokasinya dalah di blok Jasmine. kemudian aku terus ke bilik dan lihat bilik aku depan pool.. apa lagie anak aku pun menjeritlah ajak pergi.. Dengan keletihan aku bawak anak aku ke pool.. kemudian adik ipar aku bawa anak aku yang no. 3. seronok sungguh mereka main air. Yang no 3 tue siap menyelam sampai merah mata. baru dua tahun tapi tak takut air. kakaknya yang 4 tahun pun takut air.

Setelah penat main air.. jam hampir kul 5.30 petang. aku pun ajak anak aku naik untuk siap makan di umbai. jam 6.30 aku sampai di umbai dan tengok org tak ramai lagie.. apa lagie kasi orderlah. ikan jenahak, udang butter, kupang, sotong, ketam dll. Haziq plak penat main air sampai tak bangun2 dalam kereta. setelah selesai makan dan segalanya.. aku meronda di Pahlawan Mall. kemudian sampai di Hotel jam 11.00 pm.

Hari ahad pagie Alil dah call ajak sarapan di gerai mee bodoh kat Tengkera.. setelah dia ambik dengan Volvo S40 baru dia, kami terus ke gerai tersebut.. aku tengok.. punyalah ramai orang dan siap Q untuk tunggu meja.. pegh... jual tak mahal sangat dalam rm1.40 sepinggan. aku lihat pakcik yang tukang masak tue tak duduk diam goreng mee. sampaikan bila tak ada keje.. tangan still buat keje.. iaitu ketuk meja.. hehhehehe

Setelah makan aku ke hotel dan Ana nak jumpa Za. Aku dan alil bincang projek di lobi bawah. kemudian setelah selesai Alil bawak aku makan di kedai dekat Mahkota prade. kedai asam pedas.. katanya banyak Artis makan kat situ. Aku makan ketam goreng je.. .. bini aku dan adik ipar aku makanlah..

Setelah makan aku pun gerak ke Tg. Puteri untuk buat keje aku. Setelah selesai kerja aku aku hantar adik ipar ke Lundang dan aku berangkat dengan oddesey aku ke Kajang. Sebelum sampai bini aku nak tengok progress rumah kami di Vista Emas. Wow.. pagar dah pasang dan kashran dah tabur... moga-moga boleh duduk april ini setelah mengkayakan oarang lain dengan menyewa.. hehehhehe