Thursday, May 28, 2009

Auction 28 Mei 2009

Hari ini aku dan hafizal masuk lelaong rumah di ST2... RP 57k... Aku tak dapat datang sebab ada meeting yang tak dapat aku postponekan.. Results nak hantar hari ini juga... Rumah tue aku dan hafizal dah tengok isnin lalu.. ok.. grill ada.. tkt 1 dan ada minor renovation. So hafizal pergi seorang.. takpa bun... nanti aku join pada next auction... Keputusannya rumah tue 4 bidder dan rege mati pada 70k.. tinggi gak.. sebab aku dan hafizal pernah dapat rumah kat kawasan tue dengan rege 57k aje... tahun lalu. Aku rasa rumah situ dah naik sebab adanya pusat komersial Seksyen 7 BBB. Dan tak lama lagie ada JPJ cawangan Bangi.. so.. memang menjadik tumpuanlah kawasan tue... Takpa.. lain kali masuk lagie.. lawan tetap lawan...

Thursday, May 21, 2009

Sukan Tahunan Tadika Tunas Permata

Sukan tahunan tunas permata telah di adakan pada 16 mei 2009 yang lalu.. Anak aku ada dua orang yang masuk.. 5 tahun dan 6 tahun.. Pagi-pagie lagie dah kejutkan aku dan bini aku kerana xcited nak pergi sukan... jam 7.30 pagie dah siap.. bersarapan kejap di Selera Bonda di Hentian Kajang.. dan sampai ke Stadium UKM jam 8.30 pagie..

mereka bermula dengan perbarisan masuk dan pembacaan ikrar. si haziq mengetuai perbarisan rumah hijau dengan membawa bendera rumah hijau. Kemudian dengan persembahan tarian kitaro... boleh tahan jugak budak2 ini melakukan tarian kitaro.. dengan bantuan ajar oleh cikgu-cikgu mereka.. tengah2 kepanasan.. anak kedua aku si fatin tetiba menangis... hahahhah then cikgu dia tarik keluar... dan bila aku tanya kenapa dia kata panas dan nak minum air.. hahahahha boleh gitu.... then aku bawak ke tempat mak dia duduk dan terus minum air. lepas minum air dah tak nak masuk perbarisan dan main suka.. so dia dikira tarik dirilah hehehehheh

acara bermula dengan pelajar 4 tahun.. ekmudian 5 tahun dan seterusnya 6 tahun.. si haziq denga penuh semangat masuk acaranya dengan happy.. boleh tahan gak anak aku nie.. cuma ada antara ahli kumpulan lain yang kurang mneyrlah.. so haziq tak dapat kejar semuanya.. oklah.. ada dapat no 1, ada no 2 dan ada juga no4. dan perbarisan dimenangi oleh rumah haziq jua...

Aku nampak kalau bebudak nie kita ajar dan bagi sentuhan awal tentang sukan.. mereka boleh terus maju hingga sampai juara dunia.. macam nicol ke.. etc..


Perbarisan dan tarian kitaro..

aksi juara si haziq... lari punyalah laju.. memang ikut ayahnya masa muda-muda... hehhehe

Thursday, May 7, 2009

Kalender Puasa Tahun 2009

Bercakap tentang puasa kita selalunya puasa di bulan Ramadan aje.. Kekadang kita lupa bila tarikh puasa sunat seperti Nisfu Sya'aban, Nuzul-Quran, Isra' Mikraj Nabi Muhammad S.A.W, Maulud Nabi Muhammad S.A.W. dan sebagainya.. Tahu-tahu dah terlepas... Di bawah ini ada sedikit panduan kalender puasa bagi tahun 2009.




Tuesday, May 5, 2009

Picnic si Pantai Sepat, Kuantan

Pada 2 may lalu, aku berpeluang membawa anak2 mandi pantai dan berpicnic. Asyik2 mandi pool, sesekali balik kg... ok jugak.. bawa anak-anak ke pantai.. Mereka seronok sangat main pantai dan ombak.. tak kiralah yang kecik atau yang besar.. semuanya seronok.. Si fatin asyin mencari kepah.... sekali tue terpegang anak ketam.. apa lagie.. meraung lah hehhehehe.

Layanlah gambar sebelum kita orang mandi manda..

Loan Calculator

Hari ini aku nak kongsi berkenaan dengan kegunaan loan calculator.

Aku selalu gunakan apabila masa auction dengan menggunakan PDA untuk lihat berapakan nilai rumah tersebut yang boleh aku ambil berdasarkan kepada nilai sewa dan lain-lain lagie. nak kira ROI lah kiranya.. kadang-kadang aku membantu rakan-rakan lain untuk mengetahui berapakah nilai bulanan bagi sesebuah rumah yang hendak dibeli. Aku rasa ianya sangat berguna. calculator inui adalah dalam bentuk excel dan boleh digunakan di dalam PDA ataupun komputer..

Sesiapa yang berminat bolehlah emailkan pada aku di knamukm@gmail.com atau bagi email korang.

kandungan calculator tersebut adalah seperti di bawah;

FEE & CHARGES - Housing Loan

Kadang-kadang apabila kita ke bank, kita tak lihat sangat dengan bayaran yang dikenakan oleh bank kepada kita tentang charges yang dikenakan. Tapi ini adalah salah satu cara bagaimana untuk bank Gain diorang punya keuntungan secara diam...

Aku sertakan bayaran-bayaran yang dikenakan oleh bank apabila kita berurusan dengannya apabila berurusan untuk pinjaman perumahan. semoga panduan ini boleh dikongsi bersama..