Friday, December 2, 2011

Pinjaman bank yang semakin sukar pada tahun 2012

Sumber 1 : http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0403_announcements/announcements2.php?intPrefLangID=2&&intArticleID=110


Kelayakan pinjaman lebih ketat


Oleh KHAIRUDDIN MOHD AMIN dan AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes.utusan@gmail.com


KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon, berkuatkuasa 1 Januari ini .


Dalam usaha mengurangkan hutang isi rumah di negara ini yang masih terkawal, BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan hanya selama sembilan tahun berbanding 11 tahun bagi permohonan yang diterima mulai hari ini.


Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan baharu itu, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa, kata Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini.


Katanya, permohonan itu, bagaimanapun hanya melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.


Beliau berkata, kesemua pendekatan itu adalah sejajar dengan amalan semasa tetapi dengan garis panduan ini memastikan institusi kewangan tidak melonggarkan prinsip amalan pembiayaan berhemat dan bertanggungjawab.


BNM menegaskan garis panduan ini bukan sahaja perlu dipatuhi oleh institusi perbankan di bawah pengawasan Bank Pusat itu, tetapi juga oleh Suruhanjaya Syarikat Awam, Malaysia Building Sosiety Bhd. (MBSB) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd.


''Garis Panduan ini diperkenalkan supaya kedudukan hutang isi rumah di negara ini lebih terurus. Setakat ini tahap hutang isi rumah tidak membimbangkan.


''Kita tidak mahu kegagalan amalan kredit mencetuskan kegagalan dalam sistem kewangan kerana sistem kewangan saling berkait dengan ekonomi,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku ketiga 2011.


Kadar nisbah hutang tertunggak adalah 1.99 peratus dan mungkir pembayaran dalam tempoh satu hingga dua bulan adalah empat peratus sahaja.


Sehingga September 2011, kadar tahunan pinjaman isi rumah kini meningkat 11.4 peratus dan nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar adalah sebanyak 77.6 peratus.


Beliau menjelaskan peningkatan hutang isi rumah negara semasa disokong oleh pertambahan pendapatan secara stabil dan kedudukan pekerjaan yang baik.


Sejumlah 64 peratus pinjaman digunakan bagi pembelian aset seperti kediaman dan kenderaan.


Zeti berkata, garis panduan baharu itu tidak akan menjejaskan sektor pinjaman yang merupakan antara faktor utama memacu ekonomi negara selain mengekang aktiviti pinjaman haram yang boleh menjejaskan ekonomi secara keseluruhannya.


Katanya, garis panduan baharu itu dilaksanakan untuk menyemai amalan tanggungjawab pinjaman oleh institusi kewangan yang berurusan dengan pelanggan runcit.


Ia turut mempromosi sikap pinjaman bertanggungjawab untuk merangsang pasaran kredit yang sihat dan kekal, sekali gus menyumbang kepada kestabilan kewangan dan ekonomi serta memperkukuhkan kepentingan pengguna.


Berikutan itu, di bawah syarat garis panduan tersebut, institusi perbankan perlu memastikan produk pembiayaan yang ditawarkan adalah sesuai dan mampu memenuhi keperluan kewangan pelanggan.


Sumber 2 : http://www.radioinformasi.com/2011/11/24/pinjaman-bank-syarat-semakin-susah-bermula-1-januari-2012/


Bermula awal tahun 2012, pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.


· Berkuat kuasa 1 Januari 2012


· Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman


· Ambil kira pendapatan bersih


KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.


Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)


Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, supaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :


· Pihak bank mesti pastikan pemohon pinjaman bank benar-benar faham dan jelas tentang jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, risiko pinjaman bank, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil sehingga peminjam benar-benar yakin dengan keputusan yang dibuatnya


· Manakala institusi kewangan mesti memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon


· Garis panduan ini baru oleh Bank Negara ini tertakluk kepada :


· Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan


· Pinjaman kereta


· Kad kredit dan kad caj


· Pinjaman peribadi termasuk overdraf


· Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia


Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.


Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :


■Kadar NPL makin meruncing
■Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk “tujuan-tujuan yang tidak berfaedah”. Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
■Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah “merestuinya”
■Elakkan lebih ramai muda-mudi daripada termasuk kelompok “blacklist”




Sumber 3 : http://www.bharian.com.my/articles/Syaratbankketat/Article/



KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari depan.



Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia semalam, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar.

Bagi memastikan seseorang pemohon pinjaman benar-benar memahami implikasi tanggungan pembiayaan yang bakal diambil, seterusnya membantu mereka membuat keputusan yang betul, garis panduan itu turut menetapkan supaya institusi kewangan memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon.

Ia termasuk jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil.
Garis panduan itu akan digunakan institusi kewangan bagi semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pembiayaan rumah, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pembiayaan peribadi termasuk overdraf serta pembiayaan untuk membeli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia.

Bagi pembiayaan kereta, selain penilaian kemampuan bayaran balik pemohon yang lebih ketat, garis panduan itu turut mengehadkan tempoh pembayaran balik maksimum sembilan tahun.

Syarat yang berkuat kuasa serta-merta itu dibuat kerana Bank Negara berpendapat, tempoh pembiayaan maksimum itu adalah sesuai dengan jangka hayat purata sesebuah kenderaan.

Ketika ini ada institusi kewangan yang menawarkan tempoh bayaran balik yang lebih panjang.

Bank Negara dalam kenyataannya semalam berkata, garis panduan baru itu diperkenalkan bertujuan menggalakkan amalan memberikan pembiayaan secara berhemah, bertanggungjawab dan telus di kalangan institusi kewangan tempatan.

Bank pusat itu berkata, selain institusi kewangan yang diletakkan di bawah skop Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi akan turut melaksanakan garis panduan itu ke atas semua koperasi yang menyediakan pembiayaan kepada ahlinya.

Setakat akhir tahun lalu, pinjaman yang dikeluarkan kepada isi rumah berjumlah RM74.4 bilion dengan majoritinya adalah bagi tujuan membeli aset seperti rumah dan kenderaan.


Sumber lain :


http://beritasemasa.com/pinjaman-bank-syarat-pembiayaan


Rumusan : Tahun 2012 melihat kepada perkembangan pembelian hartanah dan kenderaan yang lebih mencabar. Perkembangannya mungkin memberikan kesan kepada generasi baru yang ingin membina kehidupan dan juga kepada pemimjam tegar.




Monday, November 14, 2011

Tips Kejayaan

Assalamulaikum........

Rasanya sudah lama tak menjenguk ke Blog sendiri ini. Mungkin sibuk dengan medium lain dan pembelajaran seharian..

baru-baru ini terbaca satu keratan berkenaan kejayaan dalam hidup...

Cara kebanyakkan orang cina untuk berjaya..

1) Kerja makan gaji itu hanyalah sementara, Hanya untuk pengalaman berniaga dan bekerja

2) Pelanggan lebih penting dari keuntungan;
Untung jangan letak terlalu maksima, biarlah sedikit tetapi berterusan, pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah satu musibah. Keuntungan boleh dicari, pelanggan setia sukar ditemui.

3) Orang cina jarang bankrup, kecuali 2 perkara; BERJUDI dan kaki perempuan/ada perempuan simpanan

4) Modal Orang Cina; satu mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk; Satu mangkuk untuk keluarga, Satu Mangkuk untuk simpanan dan baki TIGA mangkuk untuk modal balik

5) Kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal;
Mereka akan tanya. berapa bunganya? dan Bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan.

Kalau difikirkan secara positif, banyak benda yang boleh kita pelajari.. Semoga mendapat ilham dan cetusan untuk berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat..

Monday, July 4, 2011

Miliki rumah terlebih dahulu-Kosmo 4 julai 2011

Miliki rumah terlebih dahulu


KUALA LUMPUR - Golongan muda yang baru bekerja lebih berminat untuk memiliki kereta, telefon pintar dan gajet terkini termasuk kamera digital yang menelan harga ribuan ringgit berbanding membuat pelaburan berupa rumah kediaman untuk pelaburan masa hadapan.


Jurulatih hartanah, Dr. Shah Razali berkata, nilai pembelian untuk produk-produk berkenaan dijangka susut dalam tempoh yang cepat ekoran peredaran masa dan keperluan pengguna serta pengenalan pelbagai produk terbaharu di pasaran.


Sebaliknya, golongan berkenaan beranggapan bahawa usaha untuk membeli rumah akan dilakukan sekiranya mereka memasuki fasa seterusnya dalam kehidupan mereka iaitu ketika sudah berkeluarga dan mempunyai anak.


"Pada awal bekerja, mereka mempunyai status kewangan yang sihat dan sepatutnya mereka perlu fokus kepada perkara yang boleh membantu meningkatkan pengembangan modal seperti membuat pelaburan hartanah dengan cara membeli rumah untuk disewakan.


"Ketika itu, mereka tidak perlukan modal yang besar dan membeli hartanah di lokasi yang menarik, tetapi cukup dengan sebuah rumah pangsapuri di lokasi strategik untuk disewakan.


"Sekiranya ia merupakan pelaburan yang tepat, maka ia akan mendatangkan aliran tunai yang positif," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku terbaharunya, Jejak Pelabur Hartanah yang diadakan di sini baru-baru ini.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.




Pagi tadi tertarik dengan satu perbualan di radio Hot FM yang mengatakan tentang artikel di Kosmo berkenaan dengan Pemilikan rumah bagi generasi muda. Penulisan ini amatlah bagus supaya dapat membuka minda para remaja yang baru menempuh alam pekerjaan. Rasanya ramai yang berminat, cuma kurang info tentang perkara ini. Masa aku dulu tidak ada pun info sedemikian. Pada remaja sekarang, tips ini amatlah bagus untuk diikuti.



Rata-rata invester muda berupaya memiliki kereta, gadget dll dengan mengaplikasikan banyak teknik yang nyata berkesan. Ada yang menggunakan rumah-rumah lelong/ 2nd untuk dijadikan modal membeli kereta yang di idamkan tanpa perlu membayar ansuran bulanan dengan wang poket sendiri. So.. dengan salah satu teknik ini membantu para remaja untuk memiliki barangan yang diidamkan dengan menggunakan teknik OPM.



Walaupun kini, banyak dasar dan tindakan kerajaan yang membantutkan sedikit perjalanan invester muda (cth : OD-ASB, rumah ke3..loan70% dll), aku percaya banyak lagi teknik-teknik lain yang boleh di keluarkan untuk tujuan pelaburan. Banyak tips dan cara untuk berjaya terutama di dalam pelaburan hartanah dan emas. Hafizal, Pokli, Pie, Tuah, Faridz, Tuan Bri, Uncle Dodi adalah rakan-rakan pemikir untuk mencari jalan berjaya di dalam kehidupan.

Thursday, June 23, 2011

Status Islamic Financing

Pada awal tahun 2011, aku telah setkan pada tahu 2011 ini, semua akaun aku akan menjurus kepada islamic akaun. so.... kini telah 6 bulan berlalu... status terkini adalah


1) Akaun Rumah
a) Rumah sendiri - sudah selesai 100% ke Bank Islam
b) Rumah Invest1 - 99% proses jual
c) Rumah Invest2 - CIMB Konvensional
d) rumah invest3 - CIMB Islamic
e) Rumah Invest4 - Dalam Proses Jual

2) Gaji dan Simpanan - Telah bertukar ke CIMB islamic dan Bank Islam

3) Overdraft - DONE

4) Part Time - akaun Maybank Islamic

5) Credit Card - dalam Proses

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk terukan hidup dengan islamic financial. Memang banyak dugaan tetapi aku cuba untuk mengatasinya

Sunday, February 13, 2011

Pembangunan VS Nilai Hartanah


Pembangunan tidak boleh lari di sesebuah negeri/negara yang membangun. Pembangunan membantu memajukan sesuatu kawasan secara langsung atau tidak. Nilai hartanah di sesuatu kawasan bergantung kepada pembangunan kawasan tersebut.
Baru-baru ini, satu laluan MRT akan diadakan dari Sungai Buloh hinggalah ke KTM Kajang. Secara tak langsung dengan pembinaan MRT ini, kawasan-kawasan yang terlibat seperti kajang, saujana impian, sekamat, sungai kantan, balakong, bandar tun hussien onn, taman suntex, taman cuepacs, plaza phoenix, leisure mall, maluri, semantan, pusat bandar damansara, seksyen 16,17, TTDI, one utama, Dcurve, dataran sunway, kota damansara dan sungai buloh akan meningkat nilainya. semoga ianya akan maju dan berjaya...
sumber : cari.com dan kvmrt.com.my