Thursday, February 12, 2009

Lumut Perak 24 - 26 Januari 2009

Pada 24 - 26 Januari Lalu aku dan keluarga pergi ke Lumut. Akua da kerja di Lumut dan selebihnya kiranya bercutilah.

Aku Bertolak dengan Citra pada jam 9.00 pagi. dan memang menjadi rutin akan singgah ke Jalan Belammy untuk makan tengah hari dan breakfast sekali lah. setelah makan ikan bakar aku pun bertolak dari kl jam 12 tengah hari. Aku menuju ke Jalan Duta dan masuk ke PLUS highway. setelah jalan 20 minit dah mula JEM... aku pu redah ajelah.. jalan cuma dapat 30km/j sahaja. tention betul. Ramai betul org balik kg dan bercuti. sampailah ke sungkai jem tersebut. setelah turun highway dan sampai ke bidor dah pukul 3.30. Aku call hotel dan mengatakan aku akan lambat sampai. Then aku sampai jam 5.40 petang. Aku menginap di Blue Bay resort sahaja. sebab berjaya dah fully book. aku ambik kunci dan menuju ke bili. rupanya bilik aku just depan dengan swimming pool. Apa lagie anak aku pun terus pakai baju mandi. Lepas mandi jam 7.00 petang kami keluar makan dan jalan-jalan di pekan Lumut.

25 hb aku buat kerja dan petangnya aku dan keluarga jalan-jalan cari makan dan membeli belah. Sampai ke kedai Hasil Laut Normala.. bini aku pun beli belah sakan makanan laut.

26 hb kami bertolak ke Telok Intan untuk makan tengah hari dan jalan-jalan kat menara Condong... sampai ke Kajang jam 7 malam




Bersiap sedia untuk pergi makan (aik... mana supergirl aku ????)

Haziq dan Fatin sedang intai aku tengah buat keje

Gambar menara condong Teluk Intan


Anak dan isteriku sedang berdiri di hadapan menara Condong, Teluk Intan

No comments: