Friday, December 2, 2011

Pinjaman bank yang semakin sukar pada tahun 2012

Sumber 1 : http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0403_announcements/announcements2.php?intPrefLangID=2&&intArticleID=110


Kelayakan pinjaman lebih ketat


Oleh KHAIRUDDIN MOHD AMIN dan AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes.utusan@gmail.com


KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon, berkuatkuasa 1 Januari ini .


Dalam usaha mengurangkan hutang isi rumah di negara ini yang masih terkawal, BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan hanya selama sembilan tahun berbanding 11 tahun bagi permohonan yang diterima mulai hari ini.


Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan baharu itu, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa, kata Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini.


Katanya, permohonan itu, bagaimanapun hanya melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.


Beliau berkata, kesemua pendekatan itu adalah sejajar dengan amalan semasa tetapi dengan garis panduan ini memastikan institusi kewangan tidak melonggarkan prinsip amalan pembiayaan berhemat dan bertanggungjawab.


BNM menegaskan garis panduan ini bukan sahaja perlu dipatuhi oleh institusi perbankan di bawah pengawasan Bank Pusat itu, tetapi juga oleh Suruhanjaya Syarikat Awam, Malaysia Building Sosiety Bhd. (MBSB) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd.


''Garis Panduan ini diperkenalkan supaya kedudukan hutang isi rumah di negara ini lebih terurus. Setakat ini tahap hutang isi rumah tidak membimbangkan.


''Kita tidak mahu kegagalan amalan kredit mencetuskan kegagalan dalam sistem kewangan kerana sistem kewangan saling berkait dengan ekonomi,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku ketiga 2011.


Kadar nisbah hutang tertunggak adalah 1.99 peratus dan mungkir pembayaran dalam tempoh satu hingga dua bulan adalah empat peratus sahaja.


Sehingga September 2011, kadar tahunan pinjaman isi rumah kini meningkat 11.4 peratus dan nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar adalah sebanyak 77.6 peratus.


Beliau menjelaskan peningkatan hutang isi rumah negara semasa disokong oleh pertambahan pendapatan secara stabil dan kedudukan pekerjaan yang baik.


Sejumlah 64 peratus pinjaman digunakan bagi pembelian aset seperti kediaman dan kenderaan.


Zeti berkata, garis panduan baharu itu tidak akan menjejaskan sektor pinjaman yang merupakan antara faktor utama memacu ekonomi negara selain mengekang aktiviti pinjaman haram yang boleh menjejaskan ekonomi secara keseluruhannya.


Katanya, garis panduan baharu itu dilaksanakan untuk menyemai amalan tanggungjawab pinjaman oleh institusi kewangan yang berurusan dengan pelanggan runcit.


Ia turut mempromosi sikap pinjaman bertanggungjawab untuk merangsang pasaran kredit yang sihat dan kekal, sekali gus menyumbang kepada kestabilan kewangan dan ekonomi serta memperkukuhkan kepentingan pengguna.


Berikutan itu, di bawah syarat garis panduan tersebut, institusi perbankan perlu memastikan produk pembiayaan yang ditawarkan adalah sesuai dan mampu memenuhi keperluan kewangan pelanggan.


Sumber 2 : http://www.radioinformasi.com/2011/11/24/pinjaman-bank-syarat-semakin-susah-bermula-1-januari-2012/


Bermula awal tahun 2012, pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.


· Berkuat kuasa 1 Januari 2012


· Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman


· Ambil kira pendapatan bersih


KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.


Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)


Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, supaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :


· Pihak bank mesti pastikan pemohon pinjaman bank benar-benar faham dan jelas tentang jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, risiko pinjaman bank, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil sehingga peminjam benar-benar yakin dengan keputusan yang dibuatnya


· Manakala institusi kewangan mesti memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon


· Garis panduan ini baru oleh Bank Negara ini tertakluk kepada :


· Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan


· Pinjaman kereta


· Kad kredit dan kad caj


· Pinjaman peribadi termasuk overdraf


· Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia


Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.


Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :


■Kadar NPL makin meruncing
■Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk “tujuan-tujuan yang tidak berfaedah”. Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
■Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah “merestuinya”
■Elakkan lebih ramai muda-mudi daripada termasuk kelompok “blacklist”




Sumber 3 : http://www.bharian.com.my/articles/Syaratbankketat/Article/



KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari depan.



Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia semalam, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar.

Bagi memastikan seseorang pemohon pinjaman benar-benar memahami implikasi tanggungan pembiayaan yang bakal diambil, seterusnya membantu mereka membuat keputusan yang betul, garis panduan itu turut menetapkan supaya institusi kewangan memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon.

Ia termasuk jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil.
Garis panduan itu akan digunakan institusi kewangan bagi semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pembiayaan rumah, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pembiayaan peribadi termasuk overdraf serta pembiayaan untuk membeli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia.

Bagi pembiayaan kereta, selain penilaian kemampuan bayaran balik pemohon yang lebih ketat, garis panduan itu turut mengehadkan tempoh pembayaran balik maksimum sembilan tahun.

Syarat yang berkuat kuasa serta-merta itu dibuat kerana Bank Negara berpendapat, tempoh pembiayaan maksimum itu adalah sesuai dengan jangka hayat purata sesebuah kenderaan.

Ketika ini ada institusi kewangan yang menawarkan tempoh bayaran balik yang lebih panjang.

Bank Negara dalam kenyataannya semalam berkata, garis panduan baru itu diperkenalkan bertujuan menggalakkan amalan memberikan pembiayaan secara berhemah, bertanggungjawab dan telus di kalangan institusi kewangan tempatan.

Bank pusat itu berkata, selain institusi kewangan yang diletakkan di bawah skop Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi akan turut melaksanakan garis panduan itu ke atas semua koperasi yang menyediakan pembiayaan kepada ahlinya.

Setakat akhir tahun lalu, pinjaman yang dikeluarkan kepada isi rumah berjumlah RM74.4 bilion dengan majoritinya adalah bagi tujuan membeli aset seperti rumah dan kenderaan.


Sumber lain :


http://beritasemasa.com/pinjaman-bank-syarat-pembiayaan


Rumusan : Tahun 2012 melihat kepada perkembangan pembelian hartanah dan kenderaan yang lebih mencabar. Perkembangannya mungkin memberikan kesan kepada generasi baru yang ingin membina kehidupan dan juga kepada pemimjam tegar.