Tuesday, December 22, 2009

U G Livinian at Tiara Beach Resort 18-19 Dec 2009

Pada mgg lepas Ahli U G livinian central telah membuat satu family day di Tiara beach resort. Di hadiri oleh 36 ahli pemilik livina central. Mula berkumpul pada 8.00am di RnR Dengkil menghala ke KLIA. jam 9.00 bertolak ke masjid KLIA.. sampai di majid KLIA bertemu dengan ahli Livinian pantai timur.

Kemudian bertolak ke Sepang F1 untuk sesi bergambar. Selepas penat bergambar ke LCCT untuk makan tengah hari. setelah selesai makan, bertolak ke TBR dengan melalui jalan dalam ikut bandar estek, felda sendayan. dah macam keretapi dibuatnya.

Sampai di TBR anak2 dah tak boleh tunggu nak mandi... mandi dalam hujan renyai2 tapi mak oooii.. ramainya orang... penuh... lepas hantar anak2 ke dalam bilik, layan bola tampar pantai plak... banyak ketawa daripada main heheheh

Malam makan ika bakar di teluk kemang dan ada acara sedikit disana..

ahad kembali ke KL.. sebelum tue sempat gak layan beli tikar di nilai hehehhe

Ahli Under Ground livina central + eastern

berkumpul di F1 Sepang

bergambar di F1



tuan sifoo jurufoto beri kuliah..


makan tengah hari di KLIA

Bro KJ belanja aiskrim pada kanak2 semua.. lepas tue pakcik jual asikrim terus balik umah

berkumpul di check point pertama RnR dengkil

RnR Dengkil


Makan malam di ikan bakar teluk kemang


posing anak bongsu ku.... bongsu ke??? cukuplah 4 dulu

masuk highway Seremban - PD


beratur.. diketuai oleh oren

anak bongsu yang semakin nakal


mengunngu doorgift dari MBSB - thanks bro rais

Seminar M U W A R E C dan meeting dengan UGM yogyakarta

12 - 16 dec. lalu aku ke Yogyakarta... ada meeting ngan UGM dan international conference di Hyatt Yogyakarta... mulanya malas nak pergi.. tapi memikirkan ada paper yang nak dibentangkan dan invited dari prof joko.. pegie jugaklah.... lagie pun nie perjumpaan penyelidik Muslim di seluruh dunia... tahun depan kat pakistan lah plak.. tapi cam seram plak nak pegie dengan banyaknya rusuhan di sana

bertolak jam 7 pagie dan sampai terus ke hotel untuk letak beg dan terus ke UGM untuk meeting ngan penyelidik di sana. Balik petang dan terus ke bandar untuk "shopping". aku temankan aje lah hehehheheh

banyak jugaklah tempat yang menarik yang boleh dilawati kat sana... kalau ada masa yang solid rasanya.. memang puas bershopping kat sana.. rege murah sikit banding bandung...

batiknya pun murah sikit... batik pasang untuk perempuan boleh dapat RM60.. kat bandung rm90 dengan kualiti yang sama.

lawatan ke Borobudur candi pun banyak yang menarik... bagaimana usaha orang dahulu yang nak bina candi sebelum Islam datang ke Indonesia..

Muzium rekod yanga da di indonesia seperti patung budha yang terkecil, lukisan yang terkecil, baju yang terbesar dan lain2 boleh dilihat di situ

Makanan plak banyak yang sedap dan murah. Masakan solo dan yogya nampaknya berkhasiat kerana kurang minyak dan lemak. ramuannya cukup sifat dengan ulamnya sekali.

lawatan ke kaki gunung merapi pun menarik.. dapat dilihat bertapa suburnya tanah disitu.. tapi hakikatnya penduduk tempatan masih tidak mahu berpindah walaupun terancam 5 tahun sekali dengan meletusnya gunung berapi tersebut.. kali terakhir adalah pada 2006 dan kemungkinan akan berlaku pada 2011 menurut pakat gempa bumi UGM.




makmal kejuruteraan pantai - model





kiri - green roof -banyak pokok ditanam diatas bangunan
kanan - gunaka tenaga solar untuk pam air di sungai berhampiran untuk menyiram tanaman di atas bangunan




kiri - tanaman anggur hidup subur
tengah - di hadapan candi borobudur
kanan - kerusi daripada bahan buangan tayar


kiri - di atas candi borobudur
kanan- pandangan dari atas candi borobudur


kanan - struktur candi borobudur
kanan - suburnya tanaman di atas atap pejabat


kiri - di hadapan candi
kanan - patung budha terkecil

kiri - fenomena letusan gunung berapi 2006
kanan - baju terbesar di indonesia 7 meter panjang


kiri - lukisan terkecil di Indonesia.. ak tengok kena pakai kanta
kanan - masjid tertua di Yogyakarta dan top 5 tertua di Indonesia





kiri - kaki gunung merapi
kanan - bandar yogyakarta maliboro dan pasar beringharjo


kiri - seorang model indonesia sedang bergambar
kanan - lokasi tempat raja bermandi dan memilih bakal isteri

kiri - laluan bawah tanah untuk sultan pergi solat
kanan - gambar masjid tertua di yogyakarta sejak tahun 1700++ lagei


masjid lama yang bahan binaannya di datang dari german dan perancis di sekitar tahun 1700++
seorang ahli AJK masjid yang lancar menerangkan tentang sejarah masjid dan juga senireka masjid tersebut
pada tiang masjid tersebut mepunyai pelbagai corak yang mengambarkan tentang kedatangannya agama hindu - budha - kristian dan akhirnya Islam

Tahun Baru

Dalam kesibukan harian, kita tak boleh lupa dengan azam tahun baru... walaupun azam lama masih ada yang berbaki, kita harus teruskan dengan azam yang baru... Tahun 1431 aka 2010 nie banyak azam baru yang akan dilakukan. Adakah azam kita mempunyai tujuan yang tertentu. Aku berazam demi untuk keluarga dan agama. Itu adalah antara objektif utama......

Tahun ini banyak tanggung jawap dan perkara yang baru.... antaranya

1) masuk umah baru setelah menyewa rumah orang 7 tahun
2) kereta baru demi keluarga yang semakin ramai
3) mula cuti belajar selama 3 tahun - besar tanggung jawap tue..

Azam tahun 2010 masih dalam perhatian.... apa yek..... yang utama adalah nak emngislamickan segala akaun saving dan perumahan... buat amsa nie yang boleh dibuat adalah pada rumah sewa.. rumah yang diduduki ini belum boleh kerana ada lagie 2.5% yang belum di bayar ke developer.. uihhh lambat tue buat pecah geran.....