Wednesday, November 18, 2009

Tip Membeli Apartment

Semalam berpeluang membaca satu tip membeli apartmen daripada suratkabar kosmo 17/11/200

Tipnya adalah;

1) Sebelum membeli, kaji pasaran bagi memastikan anda mendapat nilai wang anda. Dapatkan nasihat penilai dan agen hartanah bebas dan bukan pihak pemaju atau agen jualan mereka.

- Ulasan : bagi rumah baru.. kaji juga pasaran sekeliling supaya perbezaannya tidaklah banyak. Pastikan juga kadar sewa kawasan tersebut. Adakah ia bagus untuk disewa jika anda membeli apartmen tersebut. Kadang2 pemaju akan mengawal harga apartmen sehinggalah semua fasa pembangunannya siap. Selepas itu dia biarkan dan kebanyakannya akan menjunam bawah daripada nilai belian awal.

2) Kunjungi beberapa lokasi yang memenuhi kriteria yang di ingini agar anda mendapat idea pembelian yang ingin di buat.

- Ulasan: ini lebih kepada kepuasan diri. Pastikan anda puas hati membeli apartmen tersebut. Janganlah selepas membeli.. rasa menyesal kerana tidak membeli apartmen B

3) Lihat sama-ada hartanah yang anda suka terletak berhampiran dengan kemudahan seperti kedai, perkhidmatan pengangkutan awam, sekolah, taman rekreasi dan sebagainya.

- Ulasan : kemudahan ini adalah yang paling penting. Tanpanya hidup anda akan ada kekurangan. Melainkan anda menganggap apartmen anda sebagai tempat tidur semata-mata. Kemudahan ini diperlukan jika anda sudah berkeluarga. Walaupun kemudahan ini jarang anda gunakan tapi ia merupakan nilai tambah kepada value dan juga kepuasan anda.

4) Lihat sama-ada bangunan apartmen tersebut berhampiran dengan kelab malam, kafe atau tempat muzik lain.

- Ulasan: ini lebih kepada keselesaan. Mungkin ada gangguan apabila masa untuk tidur/rehat. Elakkan jika kurang berminat dengan perkara sebegini.

5) Perhatikan keadaan trafik di sekitar apartmen tersebut dengan bertanya adakah keadaan bising ketika waktu puncak dan adakah akan memberi kesan kepada gaya hidup anda.

- Ulasan : Elakkan kawasan yang begitu crowded sehingga menyukarkan anda untuk keluar dan masuk ke dalam kawasan apartmen. Ianya akan mengganggu anda sekiranya berlaku kesesakan.

6) Ketahuilah usia bangunan dan sama ada anda perlu melakukan penggantian atau membaiki keadaan dalaman apartmen.

- Ulasan: Usia bangunan perlu diketahui kerana ianya akan menentukan kos penyelenggaraan yang akan anda tanggung. Sekiranya banyak kos.. elakkan, tetapi jika anda dapat membeli apartmen tersebut di bawah nilai pasaran, anda boleh memikirkannya semula.

7) Pastikan langkah keselamatan yang disediakan di bangunan tersebut.

- Ulasan : Ini adalah untuk keselamatan anda meninggalkan rumah mahupun berada di dalam apartmen. Trend perompak waktu kini adalah dengan merompak di siang hari iaitu masa tuan rumah pergi bekerja...

8) Adakah anda mempunyai beranda yang membenarkan anda melihat pemandangan yang indah atau pemandangan anda terhalang.

- Ulasan : ini adalah pilihan di mana untuk keselesaan penghuni.. adalah baik jika pandangan rumah anda KLCC, huta kehijauan dll yang mana memenuhi citarasa anda.

9) Berapakah caj penyelenggaraan dan apakah yang termasuk dalam caj tersebut

- Ulasan : pastikan nilai insuran, kos pembersihan, kos penyelenggaran dan juga kos-kos lain yang terlibat. Kadar bagi kondo mungkin dari rm130 hingga rm300 atau lebih. Kadar bagi low atau medium low adalah sekitar rm30 hingga 60

10) Sekiranya anda mempunyai kereta, ini merupakan soalan yang penting, adakah tempat letak kereta disediakan atau anda perlu membayar wang tambahan untuknya..

- Ulasan : biasanya pihak pengurusa akan memeberikan satu atau dua tapak untuk meletak kenderaan. Ada juga pemaju yang menjual tapak yang berbumbung seperti tambahan rm5000 untuk satu tapak atau mengenakan kadar sewa tambahan sebanyak rm80 sebulan untuk tambahan kereta dan sebagainya.

Sumber : http://freshome.com

Monday, November 16, 2009

Peluang daripada pembangunan

Salam..

hari nie rasanya ak berkongsi dengan beberapa peluang yang boleh kita ambik dengan adanya pembangunan. Contohnya... apabila ada ura-ura atau details planning tentang pembinaan lebuh raya baru. Apakah tindakan yang kita boleh lakukan untuk mengambil peluang dengan adanya pembangunan tersebut. Antara peluang yang boleh kita lakukan adalah seperti;

1) Membeli tanah di sekitar tapak (kawasan interchange) tersebut, !!
2) Membeli rumah di kawasan interchange tersebut !!
3) Membuat bisness seperti car wash, cleaner, dobi semasa projek itu berjalan !!
4) Membuka hardware !!
5) Menjadi orang tengah untuk menyedikan rumah sewa kepada pekerja pembinaan??
6) .........................

Banyak perkara yang boleh kita buat.. cuma usaha dan kemahuan yang menentukan kejayaan....

3rd +++phase - renovation

Setelah puas mengecat apa yang patut... lega rasanya.... nie pun dah menyerah dah.... penat rasanya.. langsir pun dah pasang....... cuma beberapa benda kecil yang belum di lakukan.. maybe this week boleh siap kot... insyallah...

Kepenatan menygecat, memasang langsir, memasang cermin bilik air dan beberapa perkara lain.. demi rumah sendiri.. kalau umah orang.. tang sanggup rasanya.. buat kerja sorang2... sambil ditemani bunyi drill umah jjiran yang sedang buat renovation....



Langsir tingkap bilik tidur utama



wardrobe dan bilik tidur anak perempuan


dapur kering dan langsir kat tangga



lampu alpha vannus dan dapur basah



langsir Ruang Tamu



curtain bilik air dan aircon mitsu super slim dalam master bedroom


Aircond fan langsir anak perempuan

Monday, November 2, 2009

Pelaburan - Kampung Vs Bandar

Mgg baru nie... dapat call dari pakcik sedara yang akan pergi haji... katanya dia akan pergi haji tahun nie..... alhamdulillah setelah bersusah payah menanggung anak-anak akhirnya dapat pergi haji... apa yang nak dikongsikan adalah cara pelaburan yang dia buat...

Pakcik L adalah penduduk kampung yang mana mempunyai beberapa ekar tanah yang dijadikan kebun getah, buahan dan kediaman.. kehidupan adalah seperti org kampung yang lain... bezanya Pakcik L ada memelihara kambing dan lembu. Pakcik L kata cara org kampung buat pelaburan adalah dengan menternak lembu dan kambing......

Gunanya... apa bila anak nak ke U atau ada nak buat kenduri, lembu dan kambing nie lah yang menjadi modal...... setelah beberapa lama... makin banyak dan semakin untung apabila dah dijual untuk majlis akikah dan korban... dalam 3 tahun.. Pakcik L boleh gunakan keuntungan tersebut untuk menunaikan ibadah haji.....

kesimpulannya....

Orang kg - pelaburan dengan binatang (lembu, kambing etc) dan tanaman (durian, langsat, rambutan etc)

Orang bandar - pelaburan dengan rumah, Amanah saham, Emas, etc

yang paling penting ada objek yang menjadi medium pelaburan. bukan skim cepat kaya....