Friday, August 28, 2009

Peluang Bisness 1 - Jual Buku

Semalam aku ada meeting dengan seorang supplier.. dalam bincang2 tue.. ada tersebut pasal supply buku. caranya cukup mudah.. tak perlu pakai pekerja ramai... ambik order dan pegie kat penerbit.. order.. bila buku sampai hantar.. dan claim..

Aku pikir betul jugak... keuntunganngan adalah dalam lingkungan 20% - 50% katanya. kalau dari buku ilmiah lagie banyak untung.

Aku pikir banyak gak untung cuma kena ada modal beli... bayangkanlah tahun ni aje aku dah belanja hampir 12k untuk beli buku.. kalau purata keuntungan 30% dan rm3600.

Tu baru seorang.. kalau dapat 20 orang setahun dan 72k untung.... boleh tahan tue.... Peluang dah ada di depan mata.. cuma adakah mahu atau tidak.



Wednesday, August 26, 2009

Status terbaru VE

Dah boleh ambik kunci..... Aku dan bank dah bayar semua.. tapi bila ke site, org site kata belum boleh sebab tak ada arahan.. adakah sebab aku terlalu cepat atau diorang yang lambat....

Dah 2 tahun aku tunggu tak bleh masuk umah aku.. tapi tadi aku try masuk ikut pintu belakang boleh masuk.. dapatlah snap beberapa keping gambar...
Aku dah appoint beberapa kontraktor untuk buat grill dlll. Moga ianya akan berjalan dengan lancar... 1st phase nie terbang jugaklah 20k belum termasuk lampu wiring dlll.. cuma PS, Cornice, Grill, WD, KC, minor reno belakang dll



Bahagian Dapur (Dry 11.5 kaki x 10 kaki)




Bahagian Dapur wet (11 kaki x 10 kaki)



Bahagian Dapur wet + dry (22.5 kaki x 10 kaki)




Bilik Tidur bawah

Corner ruang makan




Bilik air master bedroom


Master Bedroom



Master Bedroom


Family hall atas

Tuesday, August 25, 2009

Akhirnya selesai masalah ....... pendaftaran kenderaan



Kadang-kadang kita sering dilanda masalah. Masalah yang dihadapi bukanlah masalah daripada kita.. iaitu masalah orang lain yang terpaksa kita selesaikan/hadapi. Baru-baru ini aku ada masalah dengan pendaftaran kenderaan GL aku... lain yang di booking.. lain yang di daftarkan..

Kronologinya adalah...

7 July 2009
Aku book no WSU1700 di JPJ Tasik Permaisuri. Tunggu dari pagie sampai petang baru buka no baru WSU.

14 July 2008
Loan Lulus dan sign aggrement dengan muamalat masa tue dapat 3.1% interest.. paling murahlah berbanding bank lain semua 3.5% utk 9 tahun. BSN boleh bagi 2.85% tapi potong biro angkasa.. masuk slip gaji.. tak best lah.... nanti loan susah..

21 July 2009
Bagi dokumen kat Nissan sekali ngan dokumen registration

28 July 2009
Bayar downpayment full sebab kereta dah sampai.

29 July 2009
Register kereta di JPJ wangsa maju

3 Ogos 2009
Aku ambik kereta di Nissan... sekali salah no daaaaaaaaaaaaaa dia leh bagi WSV7579. Kalau 7678 aku ambik sebab ada gak kena dengan aku dan bini aku.

Apa lagie melentinglah aku.. dia kata leh settle.... dan nak kena check dulu
4 Ogos runner buat surat supaya dapatkan salinan batching JPJ....

6 ogos 2009
Dapat salinan dari JPJ mengatakan yang staff JPJ yang salah keep in data IC masa book WSU1700. Kita sebagai pengguna tak boleh check sebab di salinan resit tak ada no IC atau nama. Cuma ada nilai book dan no yang di book...

10 Ogos 2009
Aku ke JPJ wangsa maju... tunggu dari jam 9 sampai 12.45.. pengarah tak ada. Ada meeting tender.. jam 12.50 aku terjah aje ke bilik pengarah sebab dah tak tahan tunggu lama. Setelah berbincang dengan pengarah dengan panjang lebar.. di setuju supaya diubah tapi di amintak untuk penolong pengarah yang handle kes aku nie.. aku terus ke bilik timbalan pengarah. Setelah berbincang dia suruh datang semula jam 2.30 sebab dia nak buat siasatan lanjut....
Tunggu lagie...... jam 2.30 aku tunggu depan bilik TP.... katanya boleh buat semuala iaitu buat pendaftaran semula... serah semula geran dan road tax..... alamak.. geran ada di Bank....
So aku balik semula dengan hati yang hampa........

11 ogos 2009
Aku call Bank... tentang naks emula geran.. dia suruh buat surat dan faks kan ke bank.. katanya geran dah ada di HQ.. kena tunggu untuk dapatkan semula... ishhh

13 ogos 2009
Bank call kata geran dah ada.. aku ke bank di shah alam utk ambik geran
17 ogos 2009
Aku bawa segala dokumen yang diperlukan ke JPJ wangsa maju.. dengan menaiki GL aku...
Setelah submitt dokumen.. aku tunggulah dengan penuh sabar hantar jam 9.30.. dapat dokumen /geran baru semula jam 12.30. lamanya proses..... tapi ada masalah lagie... insurans plak tak tele sebab dah ada pada pendaftaran kenderaan WSV... ishhh.. tel nissan suh bukak insurans baru.... nissan tel insurans.. katanya tak boleh batalkan dll... sampai jam 4.45 aku tunggu tapi still tak dapat insurance.. hampa dan marah sekali lagie...... aku balik ke kajang dengan kereta yang tiada road tax..


18 ogos 2009
Aku emailkan geran baru ke insurance...

19 ogos 2009
Insurance kata dah ok... aku terus ke tasik permaisuri untuk hidupkan road tax kereta.....


Setelah aku pikirkan... selama lebih kurang 3 minggu juga baru boleh settle masalah ini walaupun bukan dari salah kita. So kepada sesiapa yang akan ada masalah ini nasihat aku..

1) Buat surat complaint dan hantar ke HQ terus.... kalau nak cuba settlekan.. perit yang amat.... tapi sebab aku dah buat sekerat jalan.. aku abiskan jua....
2) Saman aje orang yang buat silap tue....







kasut baru impul RS japan




Sunday, August 16, 2009

Tanah ooooohhh tanah

Tanah…. Apabila kita mengatakan tentang tanah… banyak perkara yang terlintas difikiran kita. Disini ada beberapa perkara yang perlu aku mintak bantuan kawan-kawan iaitu berkenaan tanah pusaka. Sekarang kita sudah tahu tentang pindaan Kanun Tanah Negara yang mengatakan bahawa tanah pusaka kurang satu ekar boleh di pecah bahagi. Adakah ini satu penyelesaian tentang permasalahan tanah? Adakah dengan membolehkan pembahagian ini akan berakhir dengan kebaikan bersama? Apakah cara yang paling berfaedah bersama tentang pengurusan tanah ini. Adakah dengan mendapat 1/8 ekar akan memuaskan hati kita sedangkan ianya adalah kategori tanah pertanian. Pembahagian mungkin akan memeningkan kepala terutama bagi tanah yang memanjang. Siapa yang hendak tanah di depan? Siapa yang dapat tanah dibahagian belakang?? Berapakan serahan jalan yang perlu direzabkan?? banyak persoalan yang timbul…. Apakah yang sepatutnya di buat ke atas tanah pusaka yang mempunyai banyak nama? Apakah penyelesaian yang terbaik??

Wednesday, August 5, 2009

PASIF INCOME

Aku sibuk sikit sekarang. Nak layan orang China lagi… nak layan proposal research lagi… Nak layan projek penyelidikan lagi.. dan juga nak layan kerja consultant lagie….tapi aku gagahkan diri nak tulis gak… walaupun tengah2 buat research proposal… sempat juga menulis apa yang ada difikiran aku.

Kalau kita lihat rata-rata kini semua orang nak cari atau tingkatkan pasif income. Tak kiralah apa cara sekali pun. Aku juga tidak ketinggalan…. Tujuan kita nak naikkan pasif income kita adalah untuk mencari kebebasan kewangan. Ada juga yang menggunakan ia untuk mendapatkan apa yang dihajati. Apa yang aku buat adalah mendapatkan pasif income dari…

1) Saving – saving di ASB, Koperasi, Felda, Bank Rakyat etc..
2) Sewa rumah – memperolehi keuntungan secara bulanan
3) Memajak tanah dengan adanya kontrak dan perjanjian

Dengan melakukan perkara diatas dapatlah keuntungan.. tetapi jumlahnya adalah hanya sekitar 30% komitment aku. Rasanya masih jauh untuk aku gagahi. So sekarang aku dah gunakan Pasif Income yang pertama untuk memenuhi keperluan hidup… iaitu dengan membeli Kereta Baru…. Kereta lama buat spare…. Pembelian kereta bagi aku hanyalah pembaziran tetapi apabila ianya perlu apabila menjadi keperluan bagi kita. Aku rasa sekarang aku dah ditahap terpaksa kerana bilangan anak semakin ramai. Takkan asyik nak menyewa kereta apabila hendak berjalan jauh. Setelah dikira bolehlah nak membayar bulanan sebijik Elgrand 2.4 (2004) atau estima ER30 (2005) atau Grandis ataupun Mazda 5.

Tapi aku berfikiran tentang keperluan, maintainance dan juga citarasa. Buat masa ini aku rasa memadai dengan MPV mini kerana anak-anak masih kecil (semua bawah 7 tahun) dan sebagai manusia normal…. Kita akan rasa puas apabila memandu kereta selama 4 atau 5 tahun. Pembelian kereta Recon adalah berdasarkan nasib. Ada kawan-kawan yang memakai kereta recon mempunyai masalah seperti Gearbox, head, dll yang mana ianya hanya mempunyai warranty selama 3 bulan. Paling lama 1 tahun itu pun ada banyak kerenah. Tapi ada juga kawan2 yang memakai kereta recon selama 3 tahun tidak mempunyai masalah. Hanya masalah kecil yang biasa berlaku kepada pengguna kereta.

Keperluan penggunaan minyak juga amat memainkan peranan… So aku decide nak beli GL….. oklah… tak lah besar sangat..secukup rasa. Warranty 3 tahun atau 100k km, minyak jimat berbanding wira lama aku. Nanti dah 4 atau 5 tahun akan datang buat paper work lain plak.. hehhehehhe

Pasif income no 2 masih awal dan jumlahnya masih belum mampu berdikari. Mungkin boleh digunakan untuk membayar sebijik ansuran rumah beharga 100k…..

Pasif income no 3.. hehehhehhe masih dalam proses paper work…..