Wednesday, April 22, 2009

Penawar Kepenatan, Petua Rasulullah s.a.w.

Penawar Kepenatan, amalkan....

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar! ) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.

Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar

Tuesday, April 21, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009 PWTC

Semalam... 20 hb april.. aku telah pergi ke KL book fair... sebelum tue aku ambil anak kedua aku iaitu fatin untuk pergi bersama.. fatin nie jenis yang suka baca buku, colour buku etc yang berkaitan dengan pen dan buku.. oklah.. Abangnya asyik dengan games dan kartun aje... aku bagi warning pada Haziq, kalau nak ikut aku ke pesta buku kena baca buku dan hafaz doa2 dan buat keje rumah.. so far fatin yang umur 4 tahun setengah dah boleh hafal doa2 basic, doa ibu bapa, al fatihah 4 kul etc....

Aku sampai ke PWTC jam 12.25 tgh.. jalam jem.. dan parking penuh.... kerana ada juga konvo MUST di situ.. so aku pun carik parking di Stesen Putra.. jam 1 baru dapat parking... Aku tengok ramai orang datang dan penuh gak lah.... aku terus ke tingkat 3 dulu sebab aku nak beli buku untuk pengajaran dan penyelidikan... setelah pilih.. aku listkan... wow.... 5k semuanya.. then aku buat final selection,... baru lah aku dapat beli beberapa buku yang dirasakan paling penting....

Buku yang aku beli adalah ;
1) Kaedah dan Statistik Penyelidikan Lanjutan – edisi 4 - rm 43.10
2) Kaedah dan Statistik Penyelidikan Lanjutan – edisi 5 - rm 47.60
3) Kaedah dan Statistik Penyelidikan Lanjutan – edisi 6 - rm 47.60
4) Numerical Modeling of Water waves – rm 467.50
5) Ocean Energy – rm 519.80
6) GIS – Analisis Guna Tanah – rm 36.00
7) Spatial Stastistics for GIS - rm40

Kemudian aku ke bahagian kanak-kanak.. sebab aku dah janji ngan Fatin jika dia rajin baca buku aku kan beli buku untuk dia.. so aku belilah buku cerita untuk dia... Buku yang aku beli untuk fatin adalah..

1) 9 buku cerita bahasa inggeris tentang haiwan dan kehidupan
2) 6 buku certa pasal nabi-nabi Islam
3) Buku panduan ambil air sembahyang
4) Buku lukisan – how to start drawing
5) Buku warna

Walaupun abis seribu lebih.. tapi berbaloi lah dengan maklumat yang kita dapat daripada pembacaan buku tersebut. Semoga ianya akan membantu kita dalam kehidupan seharian kita.

Tapi aku tengok kaum melayu banyak/penuh di bahagian majalah dan buku cerita.. novel etc.. dan kaum lain di ruangan buku ilmiah dan knowledge based.

Monday, April 20, 2009

Sara Kembali Ceria

Pada Jumaat lalu, sara dah kelihatan ceria dan baik. Dia tak nak duduk di katil hospital dan nak berjalan-jalan.. tapi sister dan Dr. tak kasi jalan takut berjangkit dengan penyakit lain pulak.... so aku pun pening kepala.....

then aku cakap kat Dr. yang aku nak transfer anak aku ke KPJ Kajang sebab Dr. kata Sara masih kena pengawasan dan kasi antibiotik dalam 5 hari lagie.. aku cakap kenapa begitu lama.. Dr. kata maybe akan berulang.. tapi aku tengok macam dah ok.. Lastly aku cakap kat Dr. yang aku nak transfer Sara ke KPJ Kajang. Dr. akur ngan permintaan aku dan terus dia buat surat keluar Hospital. Dr. tak akan bertanggungjawap sekiranya ada apa-apa terjadi.... Dr. Salam... classmate lama aku kata... itu polisi biasa sebab banyak kes yang family akan salahkan Dr. sekiranya ada apa2 terjadi lepas rawatan di Hospital kerajaan..

Petang tue lepas sembahyang Jumaat aku pun dapat SMS dari Za yang megatakan Sara dah bioleh discharge... aku pun terus ke sepital dan siapkan barang sara dan za untuk discharge.. Dr. bagi surat status kes Sara dan juga slip bayaran...

then aku terus ke unit hasil dan selesaikan hal di unit hasil. Dengan bekalkan GL... leapslah aku dari sebarang bayaran.. tapi resit nak jugak.. ye la .. nak claim per day claim dari sykt insurance aku.. Tokio Marine.. rm150 sehari jugak untuk Sara.. So maybe leh dapat RM750.. bolehlah tambah simpanan Sara...

Setelah aku keluar Hospital Serdang... aku terus Pergi ke KPJ kajang untuk berjumpa dengan Pakar Pediatrik Dr. Asmunni... jam 4 aku dapat masuk bilik Dr. Asmunni dan terangkan dengan dia apa yang berlaku dan tunjukkan surat dari Hospital Serdang.. yang mengatakan Sara kena admit lagie 5 hari untuk bagi antibiotik. Dr Asmunni terkejut apabila aku kata yang Dr. nak tahan sara 14 hari.. dan kemudian 10 hari.. dia kata 5 hari dah lama untuk baby.. dan antibiotik yang di baginya itu kuat.. Dia terus kata sure ada kulat di mulut dan pangkal peha... kemudian dia check.. mamang ada kulat di dalam mulut dan pangkal peha... dia kata ini adalah kesan daripada bagi ubant antibiotik terlalu lama... aiks... tajkkan Dr. Sepital tak tahu.... mmmm pening aku...

Dia kata Sara ok dan takyah masuk Wad di KPJ... lega aku rasanya.. setelah selesai urusan di KPJ aku pun terus balik..

Aku bersyukur sangat kepada ALLAH dengan perkembangan sara sekarang.. dah macam dulu.. ceria.. suka usik orang..... Alhamdulillah...


Balik rumah terus naik kerusi malas dia .. hahahhaha


Senyumnya dapat balik rumah..


Thursday, April 16, 2009

Qaisara Di Hospital

Mgg lalu, Sara demam... dah pergi jumpa Dr. tapi masih lemah. Sabtu lalu aku pergi kenduri sepupu Za Kawin di Perbadanan Putrajaya.. seharian di sana.. Siap jumpa Ivin, Ivin Jr. dan bini dia. Sara nampak ok... Malam Ahad sara demam balik.. Ahad aku bawa dia ke Klinik UKM.. dan Dr. bagi ubat cam biasa...

malam tue demam dia panas semula... jam 6 dia bangun.. aku bagi ubat jam 6.30 pagie.. jam 6.50 masa aku sembahyang pagie isnin, za naik ke atas dan panggil aku tergesa2.. lepas semabhyang aku tanya kenapa, dia kata sara dah tajk gerak, mata keatas dan keluar buih kat mulut... aku dengan segera bersiap dan rushing ke Hospital. Mula-mula nak ke KPJ tapi memikirkan takut nie kes kronik..... aku bawah ke Hospital sebab kadang2 hospital pakar pun akan refer GH kalau kes yang dia tak leh handle.

Sampai di bahagian kecemasan, MO terus tanya dan bawa sara ke bilik rawatan.. abis semua cable dipasang dan aku dan wife dan juga kak nani (ibu) diminta tunggu diluar.. setengah jam kemudia, Dr. Panggil dan kata yang anak aku kena sawan sebab panas sangat. maybe panas kat dalam. Dr. kata kena tahan wad untuk rawatan. lega sikit nampak walaupun dia tidur keletihan.

Jam 9.00 am Dr. Pakar datang dan mula tanya pelbagai soalan sehingga aku pening.. dan kemudian, Dr. Pakar kata dia nak ambik air tulang belakang Sara untuk buat siasatan dan mengenalpasti antibiotik yang sesuai untuk dia.. dan maybe kana tahan wad selama 10 hari. aku tanya apa option yang ada. Dr. Kata akan bagi antibuotik try and error. sebab tak pasti apa punca.. aku pun pening dan abis semua ahli keluaerga dan kawan2 aku call.. tanya pendapat.. dan 90% kata tak yah ambik takut effect masa dewasa nanti... 5 org kawan aku sebagai Dr. kata ambik aje.. sebab just untuk tahu punca dan ubat... yang sesuai... tapi aku still pening.. lastly aku tawakal untuk tak benarkan Dr. ambik air tulang belakang... aku percaya Allah dah meentukan takdir untuk aku sekeluarga.. berat jugak hati tak nak bagi.. tapi aku kuatkan semangat..

hari rabu dan khamis.. deman dah bernsur baik.. dah tak demam.. cuma Dr. minta untuk stay selama 10 hari untuk tengok perkembangan.. aku redha aje......

Hari kedua.. dah makin sembuh
Hari pertama mula-mula masuk wad. Sian dia kena pakai bantuan oksigen..


Friday, April 10, 2009

Lagi model "MPV cars" baru 2009

Daihatsu Luminas (maybe model baru MPV Perodua), Suzuki Landy, Mazda 5, Stream dan Grandis.









Wednesday, April 8, 2009

Model MPV 2009 latest

Tahun nie banyak kereta baru akan dipasarkan.. aku lebih tertarik pada MPV.. Ada Proton Exora, Nissan Livina, Toyota Innova, Mitsubishi Grandis, Mazda 5, Naza Rondo dan lain-lain lagie layanlah gambar MPV latest...





Tuesday, April 7, 2009

Akhirnya tewas jua CAS 113




Hari Jumaat lalu.. aku terima berita kematian datuk wife aku di Pasir putih Kelantan. jam 10 pagie kami bertolak ke Kelantan dengan menaiki CAS113.. mulanya aku dah rasa tak sedap hati untuk bawak CAS.. tapi apaka daya.. tidak ada masa untuk bawak kereta lain.. aku teruskan perjalanan yang memenatkan. sampai di Gombak Haziq dah tanya bila nak sampai.. tention tul aku.. baru nak keluar KL hehheheh.

Berenti di raub untuk semayang dan sejukan badan tapi pak su aku balik jerantut plak.. so tak ada kunci nak masuk umah peninggalan arwah nenek aku. kami berenti di Benta untuk makan dan sembahyang. bertolak balik ke Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai dan sampai ke umah mak kak tini di Machang. Jam dah kul 6.30 petang. lepas sembahyang dan makan kami pun bertolak ke Pasir Putih untuk tahlil arwah. Jam 10 aku bertolak dengan CAS ke Kuala Berang umah abang lie. sampai jam 12 malam. Penant sungguh CAS hari itu.

pada sabtu tue... jam 11 pagie dah bertolak ke kuantan. Kami singgah di Kemaman untuk maka di Gerai Aziz Satar di Kuala Kemaman. then lalu di tepi pantai untuk menghirup udara segar.. sempat lalu di Coral Beach, Pantai Batu hitam.. sampai aje di traffic light Pej ukur iaitu dalam 300 meter ke rumah bapak aku.... injin CAS berehnti sendiri. Aku cuba Start tapi tak berdaya... kemudian aku lepaskan hand break dan kereta meluncur ke tepi jalan. nasib baik dah dekat dengan umah bapa aku.. aku call bapak aku untk jemput anak bini.

Aku mulakan siasatan dengan call sarwan.. dia ada kat sungai isap plak. tapi dia akan datang. so dia bawak pomen ke tempat kereta aku dan pomen kata ada masalah pada timing belt.. sebenarnya aku lupa.. kereta tue dah 152000km jalan.. dan aku mula pakai 40000 km .. so memang dah waktunya pun. Aku lupa sebab banyak sangat keje. so aku call Uni Asia untuk tow kereta aku ke bengkel.... hari nie kereta dah siap dan kena bayar rm 698. untuk top overhaul termasuk dengan servis sekali....

Aku bersyukur sangat sebab kereta rosak bukan di dalam hutang gua musang.. bukan di highway jerangau.. tapi di depan umah bapak aku.... Allah sayang kat anak bini aku. Aku bersyukur kehadratnya kerana memberikan aku ujian kecil ini..

Marilah tengok saat kereta aku kena tow.. nie pun sarwan yang suh ambil gambar...Hari Jumaat lalu.. aku terima berita kematian datuk wife aku di Pasir putih Kelantan. jam 10 pagie kami bertolak ke Kelantan dengan menaiki CAS113.. mulanya aku dah rasa tak sedap hati untuk bawak CAS.. tapi apaka daya.. tidak ada masa untuk bawak kereta lain.. aku teruskan perjalanan yang memenatkan. sampai di Gombak Haziq dah tanya bila nak sampai.. tention tul aku.. baru nak keluar KL hehheheh.

Berenti di raub untuk semayang dan sejukan badan tapi pak su aku balik jerantut plak.. so tak ada kunci nak masuk umah peninggalan arwah nenek aku. kami berenti di Benta untuk makan dan sembahyang. bertolak balik ke Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai dan sampai ke umah mak kak tini di Machang. Jam dah kul 6.30 petang. lepas sembahyang dan makan kami pun bertolak ke Pasir Putih untuk tahlil arwah. Jam 10 aku bertolak dengan CAS ke Kuala Berang umah abang lie. sampai jam 12 malam. Penant sungguh CAS hari itu.

pada sabtu tue... jam 11 pagie dah bertolak ke kuantan. Kami singgah di Kemaman untuk maka di Gerai Aziz Satar di Kuala Kemaman. then lalu di tepi pantai untuk menghirup udara segar.. sempat lalu di Coral Beach, Pantai Batu hitam.. sampai aje di traffic light Pej ukur iaitu dalam 300 meter ke rumah bapak aku.... injin CAS berehnti sendiri. Aku cuba Start tapi tak berdaya... kemudian aku lepaskan hand break dan kereta meluncur ke tepi jalan. nasib baik dah dekat dengan umah bapa aku.. aku call bapak aku untk jemput anak bini.

Aku mulakan siasatan dengan call sarwan.. dia ada kat sungai isap plak. tapi dia akan datang. so dia abwak pomen ke tempat kereta aku dan pomen kata ada masalah pada timing belt.. sebenarnya aku lupa.. kereta tue dah 152k jalan.. dan aku mula pakai 40000 km .. so memang dah waktunya pun. Aku lupa sebab banyak sangat keje. so aku call Uni Asia untuk tow kereta aku ke bengkel....
hari nie kereta dah siap dan kena bayar rm 698. untuk top overhaul termasuk dengan servis sekali....

Aku bersyukur sangat sebab kereta rosak bukan di dalam hutang gua musang.. bukan di highway jerangau.. tapi di depan umah bapak aku.... Allah sayang kat anak bini aku. Aku bersyukur kehadratnya kerana memberikan aku ujian kecil ini..
Marilah tengok saat kereta aku kena tow.. nie pun sarwan yang suh ambil gambar...