Friday, March 27, 2009

Heritage Auction 26 Mac 2009

Semalam, aku dan wife cuti sebab ada beberapa hal yang nak di siapkan.. termasuklah nak inject Sara setelah genap satu tahun pada 23 mac lalu. Dah setahun anak aku tue... tapi pada yang sama aku ada misi lain iaitu nak bid umah kat Kuantan.. Umah teres keluasan tanah 17XXkakpi persegi.. besar tue.. tanah.... rumah tahun 2002 dan belum pernah orang duduk. api dan air pun belum masuk. meter pun tiada.. rumah kat bahagian belakang ada tanak dalam lingkungan 20 x 25 kaki.. boleh buat kebun tue.... RP 49k. member aku kat MPK kata market dalam 100k..

Setelah aku hubungi semua kaki dan sahabat2 di MPK, Pej Tanah dan Pej Ukur.... dapatlah beberapa info tentang jumlah cukai dan cukai yang tertunggak.. total tidak lebih 1k pun.. Aku siap inject anak aku di AlZahrah bangi kul 10 pagie.. auction jam 11 pagie... sempat ke idak.... sebab nak carik lagie tempat tue.. takpa.. aku searching dalam HTC aku jumpa lah land mark

Menara MPL jalan raja chulan.... dan aku telah set sebagai destination aku. setelah hantar Sara ke tempat pengasuh... aku terus ke KL. Jalan alhamdulillah tak jem.. sampai jam 10.30 di bangunan MPL. aku masuk aku kat kawasan lelong tue.. aku tengok ramai orang dah ada... aik.. hari nie rumah lelong just ada lebih kurang 20 bijik tapi apasal ramainya orang. .. then setelah wife aku daftar.. (pertama kali datang dan bid auction) aku pun lepak2 dan borak2 ngan brader yang ada kat situ.. rupanya dia bid umah sama.... dia kata ramai org masuk umah tue.. wow... ye la.. 50% daripada market price.. mana nak carik macam itu punya banyak beza. dia agent kat kuantan... dia nak kawtim tapi dia pun tak biasa... kat kl dan tak dapat kenal semua org yang masuk bid rumah tu.... aku kata oklah... kita tengok siapa yang masuk nanti...

Bila mula bid... ad dalam 7 bijik aje yang akan dilelong... yang aku tengok kalau ada dua atau 3 bid.. yang rata-ratanya kaum lain.. semua akan dapat pada RP.. Ini bermakna mereka dah kawtimmm luar.... masuk aje rumah no 26... iaitu rumah yang aku akan masuk... pelelong sebut satu persatu org yang bid.. ada lebih kurang 9 orang.. dan yang aku pelik/tertanya2 adalah bank Ambank pun masuk aik..... tapi takpalah... bila dia sebut aje siapa nak mula dah berebut2 orang sampaikan peleong tue.. kira congak aje.. 50..51..52... sampai 57k.... then slow sikit.. then mereka lawan smpai 60.. aku diam aje.. yela budget aku 65k... bila dah sampai 64.. aku angkat utk 65.... diam kejap bila sebut sampai 2.. ada mamat belakang angkat 66... aku angkat balik 67... diam kejap.. lepas tue ada mamat sebelah aku ngkat 68... aku plak diam hehehehhe yelah dah lebih dari budget aku hehehhe... then ada mamat belakang aku angkat 69.. then aku sempat bukak calculator rumah aku... kira kalau aku loan 67k.. dengan interest sekarang berapa kos aku.. then aku compare dengan sewa.. pulang modal aje.... bini aku diam aje.. ye la.. kalau banyak nanti susah plak dengan budget nak masuk rumah baru bulan 5 nie lagie.. sure akan pakai 30k punya.... so aku lepaslah rumah tersebut... melepas dengan berani melawannya..

Then aku dengar ada sorang brader tue.. kata.. aku ingat lelong kat KL tak ada org datang.. hahahhahahahha.. dia siapa leh tanya.. nie semua orang kuantan ke.. hahahhahah.

Tapi kemuskilan aku tentang lelongan semalam adalah:
1) Kenapa bank pun masuk lelongan rumah tue?
2) Adakah kerana ianya 50% daripada market value?
3) Adakah kerana nak elakan kawwtim luar?
4) ???????????????????????????

layan lah.. rumah yang melepas tue...










Thursday, March 19, 2009

Mari bermain Cash Flow

Panduan dan ebook percuma dari Pakdi

sila kunjungi laman
http://cashflow.pakdi.net

untuk dapatkan panduan berguna bermain cashflow 101.

Wednesday, March 18, 2009

Aktiviti Hujung Minggu - Melaka

Pada sabtu lalu 14/3/09 Aku ada auction di KL untuk rumah Kajang Utama, tapi oleh kerana aku kena hantar dokumen di UTEM sebelum kul 12... aku pun minta Tuan Hafizal uruskan lelongan rumah tue.. pakai nama bini aku kerana nama dia bersih lagie suci lagie.. belum ada apa-apa pinjaman. Semua rumah dan kereta atas nama aku. Aku bertolak dari kajang jam10 pagi.. lewat sikit sebab abang ipar aku ada datang tidur umah aku.. Dia pun terpaksa gerak awal sebab aku akan ke Melaka. Dia pun tak aksi tahu awal.. tup2 datang hehhe..

Setelah sampai di Melaka dan selesai kerja aku.. aku pun check in di Puteri Resort. Ameen dah sampai di hotel.. tengok 2 bilik aku belum ready.. so terpaksa lepak bilik ameen. Kami ambik bilik connecting room.. supaya budak2 boleh bermain bersama..

Jam 2 petang pun belum check out lagie orang yang duduk bilik sebelah. So aku ngan ameen pun berangkat keluar.. mencari makanan dan berjalan-jalan membawa anak2. Kami makan nasi ayam dan kueh tiaw kerang di Mini Zoo Melaka. Setelah selesai, kami pun pergi ke bandar hilir... aku nak tunaikan permintaan haziq untuk naik Menara Taming Sari.. so lepas dapat parking.. kami pun menyusuri denai2 untuk ke menara tersebut.. tiket rm10 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak-kanak... tempoh masa naik turun adalah 7 minit...

Bila mulanya menara tue naik.. anak2 aku yang sememangnya aktive terus diam... duduk tak terkata.... then bila sampai di atas.. olah sikit.... mula berkata-kata berkenaan apa yang ada di sekitar melaka.

Selepas selesai berjaan-jalan di Dataran Pahlawan dan jalan Kota, kami menuju ke umbai untuk makan malam.. apa lagie pesanlah apa yang nak di makan. Malamnya pula layan bola.. bilik ameen layan bola dan bilik aku layan movie... anak2 bermain dengan girang.

Lepas tue jam 11.30 aku dan ameen mamak subaidah di Air Keroh..

Esoknya selepas sarapan, anak2 dah mintak nak main pool.... apa lagie terus salin baju dan main air...
Penat semua anak2.. dan selepas main air kami pun check out.. then meronda kembali di bandar. Nak shopping kata kaum ibu.. shoping di bangunan samudera aje.. carik baju dan kraf tangan..

Aku balik ke Kl jam 3 petang... penat sungguh.. tapi nasib baik haziq teman aku borak sampailah ke bangi.. tue pun tak terjwap soalan yang bertubi2. Kecik2 dah pikir banyak.
Pandangan Eye of Malaysia Malaka dari Menara Taming Sari
Pandangan Bandar Melaka

Dataran Pahlawan

Kapal Samudera

Keletihan berjalan... lastly naik stroller

Dapat juga Haziq bermain layang-layang


Haziq Berposing di depan meriam


Penant menunggu mama bershopping..


Saat cemas ketika mula naik menara taming sari.. diam aje semua

ingatkan di landom aje ada bas ini.. melaka pun sama...

Tuesday, March 17, 2009

Base Lending Rates – BLR

Base Lending Rates – BLR

Apa yang kita Paham dengan BLR..
apa hubungkait dengan kehidupan kita.
Kepada sesiapa yang berurusniaga dengan pinjaman rumah tentulah akan terlibat dengan BLR ini.
Apabila kita hendak buat pinjaman perumahan, bolehlah kita dapat sedikit panduan dan nilai BLR hakiki daripada jadual di bawah ini..




Iklan Jual Tanah

Bagaimana cara yang paling baik untuk jual tanah?
Apakah bahan atau perkara yang utama yang perlu kita berikan pada pembeli?
Apa yang aku buat adalah dengan mendapatkan CP dan geran lot tanah tersebut..
Aku overlaykan dengan image satellite dengan memasukkan data lot ke dalam nya.
Kemudian aku iklankan ke dalam Mudah.com.. hasilnya begitu cepat.... tak sampai sehari hampir 10 call aku terima.. dah ramai telefon dan hendak datang ke site...

Aku sertakan contoh maklumat yang aku sertakan kepada pembeli..

Kawasan lot tersebut

Overlaying lot dengan satellite image

Peta lokasi tanah tersebut


Geran tanah tersebut.

Monday, March 2, 2009

Lawak LHDN

This truly is a real classic

A True story...

A taxpayer called up the LHDN (Inland Revenue Board) in Terengganu, and asked for Form B.

The LHDN clerk who answered the call asked for the address to send the form to.

The conversation goes:

LHDN CLERK : 'Boleh bagi alamat encik?' (Can you give me your address?)

TAXPAYER : 'Hantar ke Ranhill Worley.' (Send to Ranhill Worley)

LHDN CLERK : 'Ranhill... eja macam mana?' (err... How to spell Ranhill?)

TAXPAYER : 'R.. for Rumah... A for Ayam (Chicken).. N for Nangka (Jackfruit). .. H for Holland (country) ... I for itik (Duck)... L for lain- lain(Others) ....'

LHDN CLERK : 'Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu' (OK, we will send to that address..)

After waiting for a week, the form arrived - have a look at the address on the envelope!!!

Lawatan sambil belajar ke rumah Vista

Hari minggu lalu... aku sekeluarga seperri biasa melakukan aktiviti keluarga bersama iaitu pergi sarapan sekeluarga... aku pergi ke restoran Amir, Bandar Baru Bangi iaitu restoran lama yang selalu aku pergi masa bini aku check up di Alzahrah.. setelah sarapan.. kami pun ingin terjah.. ke tapak rumah....


Sampai ke kawasan perumahan.. bini aku suruh masuk aje.. sebab dia nak tengok dapur dan lain2lain lagie.. dulu datang tak boleh masuk sebab berkunci umah aku..
sampai aje di belakang rumah, bini aku terus intai dapur... untuk dia buat apa yang patut....
setelah abis mengintai.. aku pun berangkat keluar.. setibanya di pintu utama kami nampak ada org datang menaiki 2 biji kereta.. bini aku kata maybe org yang beli rumah juga sebab ada makcik2..


Rupanya betul.. mereka tengok rumah mereka. Cumanya rumah mereka saiz 20x70.. dan tak berkunci... mereka datang bawa kontraktor untuk buat KC dan poch depan....
aku pun bertegur dan sempat jugak tanya kontraktor tue.. dia kata kalau porch tak boleh buat klagie .. kena ada CF tapi kalau KC boleh buat dah,... cuma kalau ada liking nanti tak leh claim main developer....


Setelah tengok rumah yang bersaiz 20 x 70 kami pun beransur pulang.. tapi sempat jugak pergi ke kedai KC di Winnie Plaza.. oklah design mereka.. rege pu tak mahal sangat...


3G + Melamine
atas = rm190 sekaki
bawah = RM280 sekaki..


Kalau Solid meterial + 3G
Atas = RM190 sekaki
bawah = RM420 sekaki.


kalau moden concept.. mereka cadangkan 3g material.. kalau classic concept.. kayu nyatoh lah

Gambar Rumah..




Gambar Hadapan rumah... simple abis



Ruang letak kereta --------- Bilik Air




Bilik Tidur Utama (tapi ini rumah 20x70) --------- Family hall atas...



Tangga --------- Bilik Air



Belakang Rumah



Ruang depan --------- Dapur